Sama-sama kita doakan…

Salam…

3 hari lepas saya menerima kiriman sms dari Ucuhazel..

“Buat adik -beradik HAZEL sekalian, mak Uda (Udahazel) tgh operate dalam ICU di Hospital Sultanah Aminah JB kerana pendarahan otak..”

Ya ALLAH!! Jantung saya seperti berhenti berdegup sekejap…

Lama saya terdiam sebelum saya dapat membalas sms Ucu..Ucu membalas dengan informasi sangat sedikit..Terfikir untuk menghubungi Uda..Sekejap lagi la..Takut!!

Saya mula berfikir yang bukan-bukan..Hish..Na’uzubillahi minzalik!! Tak nak! Tak nak! Cukup la berita kepulangan bonda Achikhazel ke Rahmahtullah secara mengejut 5 hari sebelum Aidilfitri tahun lepas meruntun hati kami..Saya dah la lemah semangat..Dalam hati saya tak putus-putus berdoa semoga semuanya berjalan lancar..Bonda Uda kami dah anggap seperti bonda kami sendiri..

Keluarga Uda, keluarga kami juga..

Susah Uda, susah kami juga..

Esoknya, saya berbual dengan Aihazel tentang kondisi bonda Uda..Katanya, bonda Uda masih perlu menjalani satu lagi pembedahan otak.. ALLAH…!

Petang tadi..satu lagi kiriman sms dari Ucu saya terima..

“Salam..esok (Jumaat) mak Ude operate jam 9pg selama 6 jam. Keputusannya cuma 2, berjaya @ gagal..Sama2 kita doakan..Amin…”

Saya terdiam lagi.

Kosong.

SAMA-SAMA KITA DOAKAN….

Ucuhazel, Udahazel, Achikhazel, Aihazel & Angahazel..

Dari kiri: Ucuhazel, Udahazel, Achikhazel, Aihazel & Angahazel..

10 comments on “Sama-sama kita doakan…

  1. oo baru tau sape ahli2 hazel.sape along?
    aku tolong doa kan skali utk mak azza.

    dah nmpk link nadia-studio kat tepi tuh.mekaseh memudahkan kerja ku~

  2. alonghazel dah hilang tanpa berita…Nurul Huda Malek..sibuk keje agaknyer..
    time kasih ek..tlg doakan..risau ni..td aku call Uda, dier kater doktor hold dulu operation tu sbb otak mak dier dah bengkak..risaunyer aku dgr..

    ko xde flickr ke fotopages ke wat letak artwork2 ko..leh aku tlg pwomote kan kat sini…hee~~

  3. 14:33..
    SMS dari Uda..

    “Salur darah dia pecah lagi. Doc cakap otak bengkak susah nak operate. Dah coma. Aku dah xde airmata nak nangis. Mak aku pernah ckp kalau dia nak pergi, pergi ari jumaat. Lepas seksa kubur. Aku redhala.”

    Sama-sama kita doakan banyak2…

  4. Ya Allah..selamatkan la mak uda….Ya Allah…aku terkedu sms dr uda…speechless…jgnla kejadian sm berulang lg….xnk..xnk… 😥

  5. innalilah..utk arwah~
    ramai gak dtg mlm tuh woo.

    aku tiada fotopages & flickr.tak pandai lagi.facebook pon tade.
    tak pandai nk manage byk2 acc.huhu.
    tp andaikate aku ter’buat’ acc kat situ ke,aku info ko yeh 🙂

Tinggalkan komen