Macam biskut!

Salam…

Sekejap ada, sekejap tak ada! Macam tu la entri saya kan? Jarang-jarang. Kalau ada pun, entah apa-apa je..

Nak kata sibuk sangat, belum lagi walaupun saya dah melepasi minggu ke-3 kuliah. Result exam? Err….hehehh…ok, saya share, tapi sukacita diingatkan, saya cuma mahu berkongsi..harap-harap tak fikir yang negatif la ye..

just wanna share..

just wanna share..

Saya lulus semua!! Alhamdulillah…syukur tak terkata.. ^_^

Average mark dapat 2nd Upper Class..(Advance Programming lulus cukup makan..phew!) CGPA? Tiada. Pelik kan? Sistem permarkahan Conventry guna Average Mark di mana 70 markah ke atas dikira First Class..Koordinator saya kata, saya masih ada peluang untuk dapat First Class tapi saya kena pulun. PULUN?????? Erk.. (+_+’)

Final year = Final Year Project (fyp)

Jadi, pelaburan pertama saya untuk fyp ialah..

p1 wimax

p1 wimax

Beli sebab dah terdesak sangat nak guna internet. Baru guna seminggu. So far, sangat puas hati sebab laju dan boleh access internet full speed kat Klang yang katanya tak termasuk dalam coverage area P1 wimax ni..cuma lepas ni saya MESTI berjimat cermat..no more shopping benda-benda yang tak perlu..

Pelaburan kedua, mobile device..insyaALLAH kalau panel approve tajuk fyp saya, saya mesti dapatkan satu PDA yang murah-murah…2nd hand pun boleh asalkan well-functioned..Sesiapa yang ada cadangan brand n model PDA yang bagus, sudi-sudi la beritahu saya ye (tinggalkan suggestion anda di bahagian komen..tq!)..

Mengantuk la…

.

.

.

.

Zzzzzzzzzzzzzzz… (-_-)

Advertisements

Layankan Aje~

Salam…

Lecturer saya, Sir Erwandi tag semua orang yang baca tag ni. Jadi saya kena buat la kan..? (sebenarnya memang saja-saja nak buang masa layan tag)

1) Bekas kekasih saya
– dah jadi kawan baik saya.. ^_^

2) Saya sedang mendengar
Lagu tema cerita Nur Kasih dan bunyi war game dari bilik abang saya..

3) Mungkin saya patut
berhenti buang masa dan fikirkan tajuk final year project saya..hari Isnin ni kena submit tajuk..

4) Saya suka
bertangguh…macam mana nak hilangkan bad habit ni ek?

5) Sahabat-sahabat saya
tak ramai tapi sentiasa ada dengan saya. Thank u all.. ^_^

6) Saya tak faham
kenapa student suka beli handset baru bila dapat duit loan..

7) Saya kehilangan
4 tahun yang berharga dalam hidup saya..

8 ) Ramai yang berkata
“Kak Eliz…dah susut la..makan apa?” Hehehehhh…ada la!

9) Cinta itu adalah
abstrak. Tiada definisi tetap.

10) Di suatu tempat, seseorang sedang
berdukacita…Kepada yang berkenaan, saya sudi “meminjamkan” bahu.. ^_^

11) Saya akan cuba
beri yang terbaik untuk semua orang yang saya sayang..

12) Perkataan SELAMANYA membawa maksud
sampai bila-bila…

13) Telefon bimbit saya
Nokia 3310 (saya bangga dengan handset ni..) dan Sony Ericsson K800i

14) Bila saya terjaga
saya akan tengok jam..kalau sempat, saya snooze lagi..

15) Saya paling meluat
…entah. Saya tak ambil kesah sangat perkara yang saya tak suka.

16) Pesta/parti adalah
bukan pilihan saya..

17) Haiwan yang paling comel pernah saya temui
Kengkang..kucing saya. Dah mati dah.

18) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah
26 tahun 11 bulan hingga sekarang. Saya akan ingat sampai bila-bila..

19) Hari ini
saya langgar diet saya lagi…

20) Malam ini saya akan
packing barang untuk balik KL esok…

21) Esok pula saya akan
balik KL dengan Dato’ R..

22) Saya betul-betul inginkan
keluarga yang bahagia dan masa depan yang cerah..Amin.

23) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini
berfikir..macam mana nak hilangkan double chin ni ek?

24) Pusat membeli-belah atau arked permainan
pusat membeli-belah..tapi saya nak pergi pantai 😦

25) Makanan Barat atau Jepun?
Barat…sekali sekala boleh la..

26) Bilik yang terang atau gelap?
tak gelap sangat, tak terang sangat..

27) Makanan segera adalah
bukan makanan kegemaran saya.

28) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang
“Online jap boleh? Nak bagi link kat b ni..”

29) Siapa yang anda ingin tag:
semua orang..

Sweet Blood?

Salam…

BERITA TERKINI

HAZEL FAMILY dilaporkan berisiko diserang semut! Ngeee!!!

Ucuhazel dah bertunang...

Ucuhazel dah bertunang...

err....

err....

Mereka berdua ni lah puncanya.

Kawan-kawan Kawen

Salam…

Cuti semester yang lepas serentak dengan cuti sekolah.. Banyak juga jemputan kahwin kawan-kawan yang saya pergi.. Yang paling saya suka bila pergi kenduri macam ni, bila dapat jumpa kawan-kawan yang dah lost contact atau yang jarang jumpa.. ^_^

Ok, Tengok gambar yok?

Wedding 1: Nur Afrina (Nureen) & Zul

From left: Ucuhazel, Nureen & Zul

From left: Ucuhazel, Nureen & Zul

Lama tau Nureen & Zul ni couple…dari zaman sekolah lagi..bagus kan? ^_^ Hee…

Siapa yang saya jumpa?

Nisa dan saya...

Nisa dan saya...

Saya dah lama sangat-sangat tak jumpa dengan Nisa sampai saya dah lupa bila kali terakhir saya jumpa dia. Tau-tau dah anak 2 dah..hehe..

saya dan anak ke2 Nisa

saya dan anak ke2 Nisa

Wedding 2: Amri & isteri (sorry, tak ingat nama)

wajib bergambar ngan pengantin kat pelamin...

wajib bergambar ngan pengantin kat pelamin...

Hurmm..macam mana saya boleh berkawan dengan Amri ni, saya pun tak ingat..hehe~ (Tahniah Wee..Macam tak caya je ko dah kawen..huhu~)

Siapa yang saya jumpa?

Dari kiri: Galoh, Huda & saya..

Dari kiri: Galoh, Huda & saya..

Saya rapat dengan mereka berdua ni masa sekolah dulu tapi sejak semua dah ada komitmen masing-masing, jarang dapat jumpa.. Soalan pertama yang saya dapat bila diorang nampak saya.. “Woi..Apsal ko dah gemok?!!” Eheh.. 😀

Wedding 3: Sir Sham & isteri

Dato'  R & Mak Datin yg mengikut tema...

Dato' R & Mak Datin yg mengikut tema...

Ok..ini bukan kawan. Ini lecturer saya tapi kami sebaya dan saya lagi tua sebab saya lahir dulu..Huahahaha!

Siapa yang saya jumpa?

Cik Pilie & Cik Mekton

Cik Pilie & Cik Mekton

Selain dari Cik Pilie dan Cik Mekton, ada Cik Muna tapi Cik Muna tiada dalam gambar..hehe..

Nad dah kurus sekarang...

Nad dah kurus sekarang...

Dah bertahun-tahun saya tak jumpa Nad sejak dia habis belajar kat kolej..Nad dah makin cantik! ^_^

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Cerita dah habis.

~TAMMAT~