Bridezilla Mode Begins…

Salam…

Taking a deep breath……..

Releasing a heavy sigh……

OK. I’m not gonna write about my anxiety on uncertain things like my exam result and all my academic issues ..

I just have to be prepared and pray for the best..

Enough said..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hahaha…

Nampak tak wedding ticker saya kat atas tu? Tinggal 31 hari je lagi..Approximately 4 weeks.. Alhamdulillah..preparations went smoothly so far.. Dalam tempoh kurang 3 bulan, kami sekeluarga kelam-kabut buat persiapan..Dalam kesibukan saya dengan final year project dan urusan-urusan akademik yang lain, dapat juga curi-curi masa berulang-alik Johor – KL.. Penat, tapi redah je la…

Memang pening kalau dalam kepala dah setting siap berangan lepas habis belajar nak pergi vacation kat pulau atau kat tepi pantai, tiba-tiba orang sekeliling suruh kahwin… Hallamak…Macam-macam soalan ada dalam kepala saya..

“Mana nak cari duit ni??”

“Macam mana nak buat??”

“Dah ready ke nak jadi isteri orang??”

“Dari mana nak mula preparation ni??”

Mula la menggelabah tanya pendapat semua orang kan..Parent saya tiada halangan, adik-beradik lagi la kan.. Maka, mesyuarat keluarga pun diadakan…Semua sibuk dah buat checklist, nak cat rumah, booking caterer..pendek kata, segala macam tok nenek perkara yang berkaitan dengan kenduri kahwin dibincangkan… Saya?? Blur… hehehe..

Hasil dari mesyuarat kilat tu, saya cuma perlu arrange 3 perkara je iaitu:

  1. Mak Andam – family dah letak syarat mak andam MESTI PEREMPUAN TULEN..separuh-separuh ni abang sulung saya tak bagi..
  2. Official Photographer (OP) – Dato’ R kata, tak payah ada photographer..Hepp!! Mana boleh! Tak kira, saya nak jugak…
  3. Kad Jemputan – ni pun family dah tentukan design kad yang nak ditempah..maximum harga RM1/keping, jadi saya kena pandai-pandai cari..

Tugas dah dapat, jadi langkah pertama saya ialah pilih warna tema.. Pening kepala saya pilih warna tema.. bukan tak berkenan, tapi dah rambang mata..hehehe… Finally, saya jumpa satu website yang amat-amat la membantu saya dalam memilih warna tema… The Perfect Palette.¬†Dalam banyak-banyak warna tu, saya pilih ini..

Plum, Snow White & Silver

Sebelum ni, saya namakan warna ni sebagai mangosteen purple..rupanya nama die plum..hehehe…mana-mana je lah…

Cantiknya kalau pakai baju putih yang sangat simple dengan peeptoe heels yang begini…(Ok, saya dah mula berangan…)

Begitulah lebih kurang warnanya..

Tak cantik?? Eh, mata saya tengok cantik je…lagipun, saya yang nak kahwin kan???

Hehe…jangan terasa ye…ini adalah jawapan yang saya harapkan boleh terkeluar dari mulut saya bila ada makcik-makcik busybody yang kata warna ni gelap la, tak sesuai la, tak cantik la, apa la…hurmmm…tapi, kita kan mesti hormat orang tua..jadi selalunya jawapan-jawapan sebegini saya telan balik je..anggap je la mereka sebagai manusia yang sangat prihatin…hehehe..ayat cover.. ūüėČ

Bersambung….jeng jeng jeng..

nota kaki 1: kalau kite tengok cerita kat tv, selalunya jalan cerita tengah sedap tiba-tiba je bersambung….kan?

nota kaki 2: entri ini adalah hasil pengaruh drama tv..hehe..

nota kaki 3: penulis perasan syok sendiri, macam lah sedap sangat cerita dalam entri kali ni…

Advertisements

Kemerdekaan yang menyedihkan…

Salam..

Alhamdulillah…exam mode dah berakhir..tinggal nak tunggu result je..mungkin bulan 7 nanti..berdebarnya hati saya…paper 350CT dan 340CT sangat-sangat la mencabar…SUSAAAAAAAAAAAHH SANGAT..banyak yang kosong-kosong tak tau nak jawab apa…huk huk…rasa sangat sedih…

“kenapa final exam 70%?”

“kenapa mesti soalan susah macam tu??”

“kenapa dah baca banyak-banyak kali tapi tak masuk otak jugak???”

“kenapa??? kenapa???”


haihhh… saya tak dapat nak tahan dari melepaskan seberat-berat keluhan…bukan menyesal, tapi terkilan.. kalau masa exam Year 2, rasa ini cuma ada pada paper 210CT Advanced Programming…tapi kali ni, semua 4 paper saya rasa macam ni…rasa macam gelap je masa depan…hurmmm…

.

.

.

Tak nak cakap pasal exam lagi la.. +__+

Empat Enam Lapan Sepuluh / Lima / Dua Kosong Satu Kosong

Salam…

Phew…!!

Alhamdulillah syukur… Lega rasanya bila dah siap semua assignments dan final project system documentation… Akhirnya, fasa paling SESAK dan SEKSA dah berjaya saya redah kasi pecah.. Uuuuuuuuuuuiii, tak nak ingat lah…macam boleh terasa lagi betapa stressnya saya masa tu.. Macam time bomb.. Nasib baik tak meletup..Hehe…

Minggu depan, final exam akan bermula… Ada 4 paper semuanya…

  1. 4 May 2010 – 350CT Systems Security
  2. 6 May 2010 – 380CT Formal Aspects of Computer Science
  3. 8 May 2010 – 320CT Distributed Application Development
  4. 10 May 2010 – 340CT Large Scale Software Development

Betul-betul seminggu.. ¬†Tinggal seminggu je la sisa-sisa waktu yang ada untuk saya pulun habis-habisan.. ¬†Harap-harap saya boleh lulus semuanya DENGAN CEMERLANG.. Lepas tu, sudah boleh bernafas lega…InsyaALLAH.. Amin~~

Sempena nak exam ni, saya nak minta maaf dengan semua, andaikata ada yang terasa dengan penulisan saya, kata-kata saya tak kira sama ada di dalam blog atau di luar blog.. Maafkan salah silap saya ye.. Terima kasih kerana menyokong saya selama ini.. Sayang semua!! ūüėČ

Baiklah.

Saya nak bersiap-siap untuk berjuang…

Doakan saya ye!!