Dugaan bertunang…

AMARAN: INI ADALAH ENTRI JIWANG KARAT HATI BERBUNGA-BUNGA DI WAKTU TENGAH MALAM YANG TENANG DAN SUNYI DIIRINGI LAGU-LAGU CINTA SITI NURHALIZA. KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR DAN MEREKA YANG LEMAH SALURAN ESOFAGUS TIDAK DIGALAKKAN MEMBACA.

Salam…

Cuti Maulidur Rasul yang lepas, ramai yang kahwin kan? yang bertunang pun ramai.. Tahniah buat semua ye 🙂

Hurmmm..teringat saya masa saat-saat akhir sebelum saya menjadi tunangan orang 8 bulan yang lepas.. Saya dilamar melalui sms yang sangat ringkas.

” Awak, kita tunang nak? Kite nak ikat awak 2 taun.. 🙂 “

Hehe..simple kan? Terdiam saya masa tu. Teruja + gelabah + gementar + suka!.. Malangnya, tidak sampai 24jam selepas saya bersetuju, kami diduga dengan dugaan sebelum bertunang.. Sekelip mata saya jadi tawar hati pada Dato’ R.. Apa saja perbuatan atau percakapan Dato’ R ketika itu, saya tak suka.. 3 minggu saya kurang bercakap dengan cinta hati saya tu.. Berjumpa pun tak nak.. Persiapan bertunang pun saya kurang ambil tahu.. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan saya masa tu.. Saya tak layan dia tapi dalam hati, saya rinduuuuuuuuuu dia sangat-sangat.. Siap berdiet secara serius tak makan nasi konon-konon nak surprise kan Dato’ R, sebab saya tau dia suka kalau saya dapat solidkan body saya macam Megan Fox..Hehe.. ::Blush!::

Seminggu sebelum majlis, saya berjumpa dengan Dato’ R.. saya tengok Dato’ R dah kurus.. Baju dah longgar, seluar dah longgar..Pipi tembam dah susut..Perut bulat pun dah tak ada!! Sekelip mata jugak hati saya jadi sayu. Rasa bersalah sangat-sangat.. Tak sampai hati nak merajuk muncung-muncung mulut bila tengok dia dah susut hampir 10kg.. Seperti angin, rasa sayang yang hampir hilang tu, datang semula.. Kami mula berbual walaupun macam tak tahu nak cakap apa.. Buat-buat je macam tahu.. Bila dah selesa sikit, saya pun beranikan diri bertanyakan tentang berat badannya yang turun mendadak..  Saya ingatkan, Dato’ R susut kerana kecewa dengan perangai saya.. Rupa-rupanya, Dato’ R  pun serius diet juga.. Laaa…

Hari-hari seterusnya, saya kembali tenang dan mula merasakan debaran bertunang.. Sayang saya pada Dato’ R semakin hari semakin menebal, malahan lebih kuat dari sebelum dugaan tersebut.. Alhamdulillah.. kami berjaya melepasi dugaan pertama.. Dalam majlis yang serba sederhana dan ringkas (proses meminang tak sampai setengah jam!), saya dah menjadi tunangan orang.. Syukur.. 🙂

Eh?

Apa saya tulis ni?

Hurmm…jauhnya saya melencong..Punya la panjang mukadimah cerita sampai 3 perenggan…Mula-mula tadi niat nak cerita dugaan SEMASA bertunang..Dah tercerita dugaan SEBELUM bertunang pulak dah..Malas nak edit, saya sambung je la ye.. Panjang la nampaknya entri kali ni…

OK.

Apa jadi selepas bertunang??

Pehhhhh…!!! Tuhan je tahu.. Senyum sampai telinga.. Bayangkan dalam hati ada bunga yang sedang berkembang.. dan bayangkan juga, hati tu kecik dan bunga tu sangaaaaat la besar.. Bahagia sampai macam nak sesak nafas.. (Ish ish ish…Kamu ni Eliz, melampau sangat le beda’ah nye…) Errr….Hehehe…hey, saya tak tipu lah! 😀

Dulu, saya tak percaya kalau orang kata, bertunang lama-lama ni bahaya.. Pada saya, kalau sebelum bertunang boleh je bercinta dengan aman damai tak banyak gaduh-gaduh, selepas bertunang mesti la lagi seronok.. Rupa-rupanya, ada benar juga kata orang.. Saya dah pun merasakan dugaannya..

Rasa apa?

  • Mudah sangat nak terasa hati..sikit-sikit nak merajuk.. benda remeh pun nak sentap.. sampai kadang-kadang susah nak kawal.. Akal kata jangan merajuk, tapi hati kata nak merajuk jugak.. Biasanya hati yang menang (atau iblis yang menang?? hurmm..fikir-fikirkan..)
  • Bila tak dapat jumpa, rasa nak marah…sebelum tunang, tak jumpa sampai sebulan pun steady je.. selepas tunang, kalau boleh setiap weekend nak jumpa..
  • Perbualan dalam telefon selalu berakhir dengan air mata, tak pun dengan hati yang kecewa.. Tapi bila depan mata, happy je..tak ada pun gaduh-gaduh.. Pelik lah..
  • Terasa susah nak kumpul duit.. Ini sejak 3-4 bulan lepas..Sebelum elaun masuk, dah plan nak simpan lebih sikit..tapi bila elaun dah masuk je, tiba-tiba ada je benda yang kena pakai duit..Terpaksa bawa plan ke bulan depan..dan begitulah seterusnya…
  • Bila dah bergaduh tu, mula la terfikir “betul ke dia ni pilihan yang tepat??”, “selamat ke/bahagia ke kalau kahwin dengan dia ni??”…Hurmmm…hati kena tetap kalau tiba-tiba terfikir macam ni…Jangan terpedaya hasutan syaitan…
  • Mula ada godaan orang ketiga.. Kalau sebelum ni pakai cantik-cantik pun tak ada siapa nak ngorat, tiba-tiba lepas tunang, pakai simple je pun dapat hon-hon nakal…yucks!!
  • Kekasih lama. Dah lama hilang, tiba-tiba muncul.
  • Bila nak pilih tarikh kahwin, ada je rasa nak tangguh-tangguhkan…contohnya, dari pertengahan tahun jadi hujung tahun…
  • Hasutan dan bisikan syaitan nak tengok kita buat maksiat sangat kuat.. walaupun dah bertunang, yang haram tetap haram..Elakkan untuk keluar berdua..Bila jalan-jalan tu, bawaklah kawan-kawan ke, anak buah ke…

Hurmmm…

Banyak kan? Tak dinafikan, ia memang menuntut kesabaran yang tinggi..Kena banyak mengalah dan selalu berdoa..Kawan-kawan yang dah kahwin, pengalaman bertunang dulu macam mana? Kalau ada tips-tips yang berguna, kongsikan lah.. boleh jadi panduan…

Ya ALLAH Ya Tuhan Kami, kami memohon perlindunganMU dari gangguan  iblis dan syaitan, dari perasaan benci dan syak wasangka, serta dari khianat dan hasad dengki manusia.. Kami memohon pelihara dari MU Ya ALLAH, agar hubungan ini kekal bahagia hingga ke syurga..Amin Ya Rabbal ‘Alamin~~


keep holding on.. ^_^

Sampai sini dulu la ye..

Jumpa lagi!