And the award goes to…

HAPPY AWARD!

ME…!!!

Haha..! Salam…

Hari ni agak rajin nak bloghopping lebih sikit dari biasa… Hop sana, hop sini, singgah sekejap blog Miss Dyana.. Miss Dyana bagi saya award.. Happy Award katanya.. Saya sangat suka, sebab ini adalah first award yang saya dapat..kena pulak tu dengan mood saya hari ni.. Hehe, thank you Miss!

Award ni unik sikit sebab penerima award kena jawab 8 soalan..

1. Adakah anda happy sekarang?
Sangat happy.

2. Kenapa anda happy?
Ada beberapa sebab:

  • Lagi 15 hari akan bergelar Datin R (Hehe..nak jugak..)
  • Baru lepas jumpa Aihazel, Udahazel dan bayi-bayi comel mereka.
  • Sebahagian dari DIY plan saya menjadi.

3. Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?
BENDA…Chocolate la..(Terbukti secara saintifik, kan?)
Kalau PERKARA, boleh jawab, “bila Dato’ R melafazkan, Aku terima nikahnya.. hehe.. (Please excuse me, I’m in wedding mode, I just can’t help.. ^_^)

4. Pernahkah anda menerima tag?
Pernah…dulu-dulu la..

5. Nyatakan warna yang anda suka.
Semua suka..berubah-ubah mengikut musim..

6. Beritahu 9 orang yang anda mahu tag.

7. Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag.
Mereka semua super duper senior di TIGS…hehe..

8. Adakah anda happy dengan apa yang anda ada?
Alhamdulillah…happy sangat-sangat.. ūüôā

Wedding checklist updated..

**Oh, I’m sorry..Another sticky post until everything listed is done. You may scroll down further for latest entry. TQ!

Salam…

Semakin hari semakin sibuk.. Kurang 3 minggu sebelum hari kejadian.. Angka puluh dah tak ada, tinggal belas-belas hari je lagi..Aduyai..Seram sejuk kaki..Risau, banyak perkara masih belum selesai..

Hurmm… maybe i should update my wedding checklist today…

Urusan Nikah

  1. Kursus kahwin – ATTENDED
  2. Borang permohonan nikah – COMPLETED
  3. HIV Test – DONE
  4. Booking jurunikah – DONE
  5. Temuduga nikah – 14 June (OMG, it’s on my birthday!) DONE

Persiapan Majlis

  1. Pasang canopy – 24 June
  2. Susun meja, kerusi & scallop – 25 June
  3. Deco pelamin & bilik – 24 June
  4. Deco makan berdamai – 25 June
  5. Wedding cake – CONFIRMED
  6. Surat kebenaran polis – DONE
  7. Kompang – BOOKED
  8. DJ/Karaoke – BOOKED
  9. Inai – 24 June (pakai sendiri je, tapi mana nak cari inai pokok ek?)
  10. Fitting baju – DONE
  11. Wedding Favors for VIP – DONE
  12. Wedding Favors for kids – DONE
  13. Wedding Favors  for all РDONE
  14. LuckyDraw Gift for relatives  РDONE
  15. LuckyDraw numbers – DONE
  16. Bunga pahar – DONE
  17. Bunga manggar – DONE
  18. Kad jemputan – BEING DISTRIBUTED – CONSIDERED DONE
  19. Confirm design bunting –
  20. Penanda arah –
  21. DIY Wedding shoes – DONE
  22. DIY Room Wall Ornament – DONE
  23. DIY Bridemaids Pomander Ball – CANCELED – BELI DAH SIAP.
  24. Kain untuk bridemaids – DONE
  25. Hantaran deco – 6/9 DONE
  26. Bedsheet – BOUGHT
  27. Bagi senarai lagu pada DJ – DONE

Make Over

  1. Lose Weight – (Err….hehe..)
  2. Haircut – DONE (Oh! Robek kocekku..)
  3. Teeth Scaling & Polishing –
  4. Pedicure & Manicure –
  5. Berurut –

What else ek? (haha…johorean english) Hurmmm, see that? banyak lagi yang belum settle.. Ini kira yang general je, kalau nak list specifically, memang tak larat la..

Oh, the clock is ticking..Yeah I know, ¬†I’d better get things done..

Nota kaki 1: Nak buat entri ini melekit la.. it will be a good reminder for me.. ^_^

Biggest hits

Salam…

Dalam sejarah 2 tahun 6 bulan saya membela blog kesayangan saya ni, hits yang paling tinggi cuma sampai 81 hits jer sehari..That was back in December 2008..setahun lebih dah..sejak tu, tak ramai pun yang view blog  saya ni..memang patut la kan, jarang update.. however, since the past 2 days,  somebody is eyeing on my blog over time.. Tak percaya? tengok blog stats ni..

see? almost 100..

Iye, dekat 100..

Seorang blogger famous terhebat mungkin akan berkata:

“baru nak cecah 100…blog aku, tak payah update pon boleh cecah 100 jutalion hits tauuu…!”

Memang la..nama pun terhebat kan.. Tapi, ini blog ElizSue.. Dengan mengambil kira ciri-ciri blog syok sendiri dengan isi yang kurang berinfomatif begini, siapa aje yang nak baca kan? Paling banyak pun, kawan-kawan sekolah je la.. Silent readers? Followers? Entah…ada ke?

Hampir setiap entri saya dibaca.. Maknanya, orang tersebut mempunyai masa yang cukup banyak untuk view satu persatu entri mengarut saya.. Haha..terima kasih ye sang pembaca senyap… ¬†(Psst..sang pembaca senyap, lama surfing? bos tak ade eh..?)

Hurmm..saya tak kesah pun berapa banyak hits pun dalam blog saya ni..bukan saya letak nuffnang ke, google adsense ke.. Cuma persoalannya sekarang, siapakah orangnya?