Is it normal??

Salam…

8 bulan…

Lama kan?

Sunyi sepi tanpa update…

Taip panjang-panjang, cancel…. Taip lagi panjang-panjang, delete…

Saya tak tahu kenapa, setiap kali saya nak berkongsi cerita, mesti akan datang “thoughts” yang akan membantutkan niat saya tu.. Perkara ni saya mula perasan berlaku masa saya sangat-sangat excited nak bercerita tentang persiapan perkahwinan saya…lebih kurang setahun yang lepas la..

Semua material saya dah kumpulkan…Gambar-gambar kad kahwin, cenderahati, teknik-teknik DIY guest book and wall deco, website-website best untuk reference bride-to-be, semuanya dah ada.. tapi bila sampai je masa saya nak cerita, tiba-tiba satu perasaan bersalah wujud dalam hati saya..

“Alangkah kejamnya saya, jika apa yang saya tunjuk nanti, dibaca oleh mereka yang tidak dapat membuat persiapan seperti saya (walaupun majlis saya sangat la ringkas), dan seterusnya menimbulkan rasa kekurangan atau kecil hati di kalangan mereka, yang pada awalnya mereka langsung tidak berasa demikian bahkan gembira dengan persiapan perkahwinan versi mereka sendiri..”

Sejurus selepas ayat tersebut terlintas di kepala saya, automatik saya tak jadi nak tulis apa-apa.. maka, terkuburlah kenangan persiapan hari bersejarah saya…

….

Kemudian saya berkira-kira untuk bercerita tentang aktiviti Jalan-Jalan Cari Pasal oleh saya dan suami.. Saya kumpul lagi gambar banyak-banyak…

“Nak masukkan dalam blog..” beritahu saya pada suami sambil sengih-sengih..

Tapi, sampai masa saya nak berblogging, perasaan bersalah tu datang lagi dalam hati saya..

“Alangkah sampainya hati saya, jika gambar-gambar yang saya tunjuk nanti, dilihat oleh mereka yang tak berpeluang seperti saya, dan seterusnya menimbulkan rasa kurang bernasib baik di kalangan mereka, yang pada awalnya mereka bersyukur dengan kehidupan mereka..”

Sekali lagi, niat saya terhenti…

….

Kemudian, saya dan suami mendapat berita gembira yang sememangnya dinantikan oleh setiap pasangan yang baru berkahwin…

Kali ini, saya bercadang untuk mencatatkan perkembangan bayi kami dalam blog…bercerita tentang pengalaman mengandung anak pertama, perkembangan bayi, persiapan menyambut kelahiran dan sebagainya…

Tapi, belum sempat berbuat apa-apa, ye, perasaan bersalah muncul lagi..

“Alangkah berdosanya saya, jika apa yang saya tulis nanti, dibaca oleh mereka yang belum berpeluang seperti saya, dan seterusnya mewujudkan perasaan cemburu dan sedih di hati mereka, yang pada awalnya perasaan mereka tenang dan bahagia..”

Maka, saya batalkan saja niat tersebut..

….

Huk huk…saya rindu nak berblogging, tapi kenapa saya rasa mcm ni… 😦

Kepada yang sudi menjawab, saya ingin bertanya…

Normal ke berperasaan begini???

Advertisements
By elizsue Posted in Life

10 comments on “Is it normal??

  1. errr.. selalunya aku pon mcm tu gak, selalu dah taip delete. tp bukan sebab rasa macam apa yg ko rasa, tapi rasa macam ayat tak best dan boring. baiknya hati ko eliz..

    aku siap bleh imagine phrase ni [“Nak masukkan dalam blog..” beritahu saya pada suami sambil sengih-sengih..] Hehhehe

  2. hati baik ke x ni Tuhan je yg tau..hahaha! (gelak jahat kuar tanduk..)

    mslhnye skang ni, aku rasa mcm aku dilanda sindrom bersalah-tak-bertempat…normal ke x eh? ko rasa la kan, ade x org yg se-penyakit ngan aku ni? camne nk buat ek?

  3. Errrrr… tulis jek lah. Bagi orang yang normal dan berhati baik tanpa buruk sangka, dia akan suka je baca perkembangan kamu. Pada kite, blog ni macam talian ngan kawan2 juga. Kita semua da kerja, mana ada masa nak jumpa, call dan update kawan2 tentang perkembangan kita. Jadi, bila kita tulis blog, bagi yang nak membaca, itu dah kira kita update la. Kalau ada pembaca yang berasa sedemikian rupa (spt yg kamu fikir), kita boleh sarankan dia tak payah baca lah.

    Saya fikir, insan yang baik hatinya, suci niatnya, tidak akan berfikiran begitu. Bila sesuatu yang best berlaku pada kawan2, kita akan suka, bukan?! Saya berpegang dengan ini, “jika kita menulis dari hati, dengan niat yang baik, insyallah orang yang membaca pun akan suka hati membacanya. Tetapi jika kita menulis dengan niat yang buruk, orang pun menyampah nak baca.” Apa yang kita taip, jika dengan hati yang ikhlas, Insyallah tidak akan menimbulkan perasaan tidak bersyukur ke, tak suke ke, cemburu ke – melainkan orang yg membaca tu mmg asal2nya dah ada perasaan gitu kat kita.

    Tulis la lagi, Eliza..

  4. Fuuuhhhhh…

    bila baca komen Mrs Psyche rasa mcm lega sket & rasa lebih konfiden nk cerita2 kt blog…thanks a lot Arfah.. ^_^
    hehe…kdg2 terfikir jugak, adakah sbb umur yg dah bertambah ni yang buat owg rasa mcm ni ek? hehehe…rasa mcm dah tua sgt la pulak…hehehe…

  5. Terharu gak bace entry nih..dah lame x jenguk blog sis..bile jenguk terbantut lak keje, hehehehe.. besh jugak jenguk blog yg dh lame x jenguk..

    Herrrmm…ade btulnyer ape yg sis rase tp mungkin di setiap entry, or ade entry khas, sis buatkan pasal tajuk bersyukur, or ‘setiap orang ade bahagian masing2’ or sthing like tat.. cara penilaian org or perasaan yg hadir dlm diri seseorang itu berlainan, dn bergantung pada mereka utk menghadapi sesuatu itu dengan cara mereka sendiri.. bukan kte menggalakkan mereka ni rase macam tuh, kalau pk secara positif, mengajak kite lebih bersyukur dengan ape yg ade, dn berkongsi pengalaman dn pengetahuan.. kan..

    lainlah mcm sesetengah blogger lain yg memang berniat utk menjeleskan org, or mencabar org lain.. so sis, silalah teruskan penulisan anda sebaik mungkin.. jgn lue update gambo baby nanti.. 🙂

    sis bagus tau dlm penulisan, kalah Amy.. (^_^)

  6. hahaha…bile dah tua2 ni, sensitip lebey..tu sbb rasa mcm tu kot..hehehe….

    insyaALLAH, owg akan update lebih kerap…tp rasanye lebih merapu kot..hahaha… 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s