Saya suka hari Jumaat

Salam…

Hari ni hari Jumaat.

Awak suka hari Jumaat tak? Saya suka. Suka sangat.

Saya rasa, secara majoriti ramai yang suka hari Jumaat sebab dah sampai hujung minggu, so esok tak payah pegi kerja. Boleh rehat puas-puas kat rumah. Saya pun suka jugak, tapi saya ada sebab lain kenapa saya suka hari Jumaat.

Setiap hari Jumaat, pagi-pagi lepas check email dan facebook, saya akan surf website ni dulu…

28 hari lagi!!

Pregnology.com

Saya suka website sebab info pertumbuhan baby dari minggu ke minggu sangat detail. Dalam kes saya, saya bertukar minggu setiap hari Jumaat.  Suka bila tengok gambar tu bertukar, lepas tu bila klik gambar & baca info, dalam kepala pun terbayang rupa baby kat dalam perut..lepas tu senyum sorang-sorang..hehehe…

36 weeks!

Hari ni genap 36 minggu usia baby. Alhamdulillah, syukur. Harap-harap baby sihat je kat dalam..Tak sabar nak jumpa baby..hehehe..Excited but nervous..

Oh ye, saya suka hari Jumaat terutamanya hari ni…

sebab…

Hubby balik!! Yeay!! *jogetjoget*

P/s: Drive carefully my dear.. ^_^

Akibat tengok Jambu?

Salam…

Pada suatu pagi yang mendung…

(jarak suami dengan isteri cuma lebih kurang 1 meter sahaja)

Hubby: Pa n Ma mane?
Me: Aa??
Hubby: Pa n Ma…
Me: Aa??
Hubby: Pa n Ma…
Me: PAK IMAM??
Hubby: ….. (memandang isteri tanpa mampu berkata-kata..)

Hehe..

Sorry la Yang, I bukan terjangkit kumpulan Jambu, tapi serius tak dengar.. Hehe..