Cleaning spider webs..

Salam….

Tu dia…2 bulan lebih tak update blog..Dah ramai dah yang tanya, ke mana menghilang..Komen pun banyak, macam kat bawah ni..

Komen A:

“Amboi, sejak dah kawen ni, call asik x  jawab je…Tau la dah ada cik abang sayang..”

Ini boleh diterima… Sengih  malu-malu je… 

Komen B:

“Blog x update, YM jarang online. Sombong ko skang eh..”

Ini pun boleh diterima jugak..Jawab gedik-gedik sikit.. “Eeiiyy, mane ade sombong..Owg sama je taw!”

Komen  C:

“Mana hilang? Meng***n ke?

Haa…yang ni agak-agak la sikit.. ingat tak ada keje lain..??? 

Sejak bergelar Puan ni, saya malas nak blogging dan YM..facebook pun setakat bercucuk tanam dan komen status orang sikit-sikit.. FB chat pun saya malas…Walaupun banyak benda yang saya nak cerita, tapi semua cerita tergantung, peram je lama-lama dalam draft..

Sebenarnya, keterujaan (pehh, vocab tahap bahasa melayu kelas pertama ni!) saya nak ber-blogging terbantut bila saya dapat tau, blog & FB saya dah dibaca oleh unwanted visitor.. Sebelum saya dapat tau tu, macam-macam idea DIY dan momen-momen persiapan perkahwinan yang saya nak abadikan (i told u, vocab i terbaeek! hehehe..) dalam blog saya ni.. Bila saya dapat tau je,  terus rasa menyampah giler.. Rasa dah tak best dah.. Macam kalau kite tengah excited nak makan ayam KFC, tetiba cicak jatuh atas ayam..(Jijik gila perumpamaan ni..) Benci kan? Itu la saya rasa, macam nak tutup je blog ni terus.. (Perasan, macam ada orang kesah je..huhu)

Tapi, memandangkan blog ni hadiah terawal dari Dato’ R, sayang la nak tutup kan?? Bila pikir-pikir balik, tak jadi la nak tutup blog ni macam tu je..So, macam-macam cara lah, saya buat bagi mengembalikan mood saya untuk berblogging semula.. Berurut, mandi bunga, mandi 7 jenis air mutlak, bersenam 20 minit sehari 3 kali seminggu, menonton tv..huh, semuanya tipu.. Saya cuma tukar-tukar theme je, bagi blog ni nampak lain sket.. Ini pun tak habis lagi adjust..Tunggu dapat ilham lagi..

..

….

Idea pergi membawa diri..

Ok la kot, sampai sini je dulu. Next time saya sambung lagi.

Kira boleh la ni,  buat panas-panas enjin…hehehe… Daa~~

pic source: here