Missing In Action??

Assalamualaikum…

CAKK!! Hai semua… 🙂

Lama betul saya tak mengarut dalam blog kesayangan saya ni…Rindu sangat nak cerita-cerita….

“Blog takde citer baru pun?? Dah malas ke?”

Ada…baaaaaaaaaaaaanyak sangat cerita yang saya nak masukkan dalam blog ni..Tapi, semenjak saya memegang komitmen baru Julai lalu, masa saya sangat terhad..Akses internet pun dah tak sekerap dulu..

Komitmen ape tu ek? Kahwin? Ooo tidak..bilangan digit dalam akaun bank saya masih belum mencapai tahap selamat.. Kalau bukan, apa dia? Hmmm, mungkin gambar ini boleh menceritakannya….kot. (IC dan nama tu saya cover..malu la..)

offer letter

offer letter

Ada cerita di sebalik tawaran sekali seumur hidup yang saya terima ini..Saya hanya mencuba nasib ketika mengisi borang permohonan skim tindikan ini..Tambahan pula, satu daripada syarat-syaratnya ialah tidak melebihi 25tahun dari tarikh mengisi borang..Haha, saya hanya mampu ketawa..Sah-sah tak cukup syarat! Sokongan seorang tenaga pengajar meyakinkan saya untuk memohon.(Ala, isi jer..Bukan kena bayar pun..)

Alhamdulillah..di satu pagi Jumaat yang mulia, ketika saya sedang terlantar demam dan “sesema” tahap hidung-dah-patut-kena-overhaul di bilik, saya mendapat panggilan mengatakan saya diterima..hehehe..mungkin kerana terkejut dan terlalu gembira, “sesema” saya bertambah teruk..

Sebenarnya, saya malu nak cerita la…Yela, sambung degree jer..Kalau dibandingkan dengan teman2 seusia, saya beratus-ratus batu jauh ketinggalan..Bukan tidak bersyukur, malah saya terlalu menghargai setiap peluang yang datang memberi ruang untuk saya kembali membina masa depan. Cuma…hurmm, tak ada apa-apalah…heee.. 🙂 Syukur Alhamdulillah…sekurang-kurangnya saya tidak perlu menghabiskan masa di alam maya mencari kerja selepas tamat pengajian nanti..

Tinggi harapan saya kali ini..Selalu juga berangan untuk dapatkan First Class Degree idaman saya..Terbayang-bayang saya sedang bermain salji di negara orang..Mungkinkah ada rezeki saya nanti? Awak nak doakan untuk saya tak??

Oh ye! Teman terulung saya pernah bertanya…

“Mana sinambungan kisah sahabat bla bla bla edisi IPT?”

Alaaaahai…serba salah saya dibuatnya..insyaALLAH, saya akan sambung juga nanti..Mungkin kisah teman-teman baru saya di kolej baru juga akan saya ceritakan..Buat masa ini, tumpuan saya lebih kepada pengajian saya..Jadi, saya minta maaf sekiranya blog ini jarang di-update kerana saya perlu mengutamakan yang lebih baik dari yang baik..

Doakan kejayaan saya ye..Terima kasih!!

By elizsue Posted in Life