An apple a day..

Salam…

OK.

Niat saya balik kampung hujung minggu lepas sebab nak siapkan assignment yang Masya-ALLAH memang banyak gila..

Tapi, baru sehari sampai rumah, saya dah demam..

Dipendekkan cerita, selepas 4 hari, dengan paksa rela…

id tag...

id tag...

cucuk ubat...

cucuk ubat...

2 hari kemudian, ini la yang saya dapat…

to be taken once a day..

to be taken once a day..

Yucks! Saya benci makan ubat..! Tapi, nak buat macam mana, telan je la..Hurmmm…

Terus-terang, saya serik duduk hospital..Tak suka! Tak suka! Tak suka! Semua kerja saya tertangguh, seminggu tak pergi kelas..Rasa rugi sangat-sangat..

Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana tiada apa yang serius dengan kesihatan saya..Saya dah kembali normal dan sihat dan ceria.

Terima kasih tak terhingga terutamanya kepada ahli keluarga saya, rakan-rakan dan semua yang mengambil berat..Hanya ALLAH yang dapat membalasnya.. 🙂

Jaga kesihatan, tau!

Tak ada maknanya~

Salam…

Tarikh beli: Oktober 2008

Tarikh patah: Mac 2009

Tempoh penggunaan: 5 bulan

dsc01356dsc01359

  1. Percubaan pertama saya untuk mengubah persepsi saya bahawa “bila saya pakai emas, saya nampak macam makcik-makcik”..
  2. Cincin emas ni saya beli sendiri hari raya lepas..saja-saja nak habiskan duit..lagipun murah je..
  3. Lepas bayar saya terus pakai..(Jakun…)
  4. Segala aktiviti yang saya buat (basuh baju, basuh pinggan, etc.) saya tak pernah tanggalkan cincin ni..
  5. Saya rasa percubaan saya gagal..
  6. Saya memang tak pandai pakai emas..

By elizsue Posted in Life

Cubalah Untuk Mengerti..

Salam…

“Wey Orang Tua, bila mau kawen?”

“Ko ni asik belajar tak abis-abis, bila nak kawen ni?”

“Bila nak makan nasi minyak ni? Dah lama la tak makan nasi minyak sepupu-sepupu..”

“Ko nak tunggu apa lagi? Kawen je la…”

pening1

Hurmm… penat dah nak terangkan.

Jangan tak percaya jika saya katakan, setiap hari saya akan dapat soalan berunsur munakahat ni.. Saya rasa macam nak record je jawapan saya… Bila ada orang tanya pada saya lagi, saya akan suruh dia dengar.. Kalau tak faham-faham jugak, saya akan suruh dia replay banyak kali.. Dalam entry kompang-kompang edisi 1 pun saya dah pernah cerita..Takkan saya nak bagi jawapan no.5 kot? (sila rujuk di sini untuk lebih faham).

Saya kan masih belajar. Tanggungjawab saya besar. Saya perlu utamakan perkara yang lebih baik dari yang baik. Saya dah cukup stress dengan study saya. Janganlah ditambah-tambah lagi.. Ayat saya senang, kan…? Mudah difahami kan…?

Jadi, pembaca dan pengendap blog ini  yang dihargai sekalian, jika ada yang berniat nak tanya, saya minta toloooongg sangat-sangat… Tolong la jangan tanya bila saya akan kahwin.. Saya tak tahu dan saya belum berfikir secara serius ke arah itu..

Terima kasih banyak-banyak kerana mendoakan saya..

Terima kasih banyak-banyak juga kerana memahami keadaan saya..

Sekian, terima kasih.

Kompang-kompang 2

Salam…

Tahun ni ramai kawan-kawan saya yang “makan nasi minyak”.. Tapi, saya cuma dapat datang ke kenduri Hajar&Madey (majlis yang paling saya tunggu-tunggu) dan Elisa&Jammy..

Kita tengok gambar jom..

HAJAR & MADEY

Menikmati lauk pengantin..hehe!

Menikmati lauk pengantin..hehe!

jemput tengok..hehe..

jemput tengok..hehe..

the TIGSians...saya suka gambar ni..

the TIGSians...saya suka gambar ni..

hajar&mahdzir..the cake is delicious!

hajar&mahdzir..the cake is delicious!

ELISA & JAMMY

lovely brides in pink...

lovely brides in pink...

pengantin pink, saya dan Achikhazel...

pengantin pink, saya dan Achikhazel...

Tahniah buat Elisa dan Hajar…

Tahniah juga buat kawan baik saya, Mohd Zulkifli Bin Latif (Ajul/Zoey) dan isteri.. 5 April lepas, saya sempat ke majlis mereka walaupun tersesat sampai saya lupa nak ambil gambar..

Apa pun, Selamat Pengantin Baru buat mereka.. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, Amin.. 🙂

Hati Oh Hati…

Salam….

L E T I H.

Letih menjaga hati orang….

Tolonglah…

Saya bukan manusia yang yang berhati malaikat. Bukan patung yang tiada perasaan. Bukan tempat melepas tekanan, bukan tempat mengisi kebosanan. Saya bukan bahan gurauan. Saya bukan seperti apa-apa yang mereka anggapkan..

L E T I H.

Letih memujuk hati sendiri….

Sedih? Ya..

Kecewa? Sangat-sangat…

Menangis? Bukan penyelesai masalah…

Marah? Hanya menunjukkan kebodohan sendiri…

Protes? Tak perlu…

Lari? Jangan jadi pengecut!

L E T I H.

Letih menanggung beban…

Tolonglah…

Saya tak mampu bersabar lagi..

Ya ALLAH Ya Rabbi..aku memohon kekuatan dari-MU, Amin…