Rakan.. Kawan.. Teman.. Sahabat.. ~EDISI SEKOLAH MENENGAH~

” Muliakanlah rakanmu dengan kemuliaan yang mampu engkau lakukannya secara berterusan. Jika tidak, maka kemuliaanmu itu akan membawa kepada perkara yang memutuskan persahabatan. ” – Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini

Assalamualaikum…

Alhamdulillah..kita dipertemukan lagi hari ini dengan izinNYA.. Kali ini, saya akan meneruskan kesinambungan kisah saya dan sahabat2 saya…

“Group best fren” yang ditubuhkan lewat Darjah 6 itu tidak bertahan lama.. Kami membawa haluan masing2 apabila ada yang terpaksa berpindah (bukan jauh pun, pindah kelas jer..cuma seorang yang ke asrama penuh ) dan mendapat kawan2 baru.. Begitupun, kami masih lagi bertegur sapa.. 🙂

ZAMAN SEKOLAH MENENGAH

Di sekolah menengah, TEMENGGONG IBRAHIM GIRLS SCHOOL (sekolah perempuan lagi..) saya lebih bersikap terbuka dan ceria.. Kawan2 saya dah bertambah ramai.. Saya masih ingat, saya sempat rapat dengan sekumpulan sekawan di mana setiap ahlinya diberi nickname superhero (cth: gaban, zorro, spiderman, superman, suria perkasa hitam..etc.) Ramai..kalau tak silap saya, 13 orang semuanya..

Suatu petang, ketika menunggu loceng pertama untuk ke kelas, seorang teman dengan senyap-senyap menarik saya ke satu tempat yang jauh sedikit dari kawan2 yang lain.. Di hadapan pintu tandas sekolah, (mungkin itu tempat paling strategik yang difikirkannya) dia mengeluarkan tin Van Houten dari dalam begnya lalu memberikan saya sebutir coklat..

“Aku nak bagi kau ni..sbb kau baik ngan aku..” katanya sambil menghulurkan coklat tersebut..

“Aa??” Saya pelik…

“Makan lah…aku saje bagi. Baca bismillah dulu…” katanya sambil menuju ke kantin..

“…..”

Saya terdiam..tak sempat nak cakap terima kasih..Nak cakap macam mana, coklat bulat itu sudah selamat masuk ke dalam mulut saya..(sehingga saya terlupa lokasi saya ketika itu!)

Sejak hari itu, kami selalu bersama..tapi tidak pula saya pinggirkan geng2 superhero tadi.. Kami masih tetap meluangkan masa bersama.. Bising di kelas bersama.. Menyertai kawad rangers Quarter Masters bersama..(ketika inilah kami mendapat gelaran Anak2 Belalang dari kakak2 senior) Malah, setiap kali Aidilfitri, kami masih mengekalkan rombongan (saya ulangi…ROMBONGAN) berhari raya ke rumah rakan2 dan guru2.. Mujur ketika itu Batu Pahat masih belum dibanjiri warga Bangladesh..Kalau tidak, boleh jadi kami akan dapat gelaran baru..Anak2 Bangla! (oh tidak…!)

Ketika di dalam Tingkatan 3…teman coklat Van Houten datang lagi kepada saya..

” Kita berlima dah macam adik-beradik..apa kata kita jangan panggil nama,” katanya.

” Abis tu, nak panggil apa?” tanya saya.

” Kita ikut besday..Sape tua, dia jadik Along..Second, Angah..pastu Uda, Achik..last skali Ucu. Amacam?” Bersungguh benar dia masa itu..

” Ooo…ok gak..tanya ar diorang..”

Maka, bermulalah kehidupan kami sebagai adik-beradik lain bapak lain mak.. Rehat bersama, balik sekolah bersama, ponteng kelas pun bersama! Ssyyhh…Port kegemaran kami, dorm asrama.. Boleh buka tudung, berbual sambil baring2..(tapi kami tak pernah kantoi dengan cikgu tau..) Ketika di Tingkatan 3 inilah keakraban kami hebat diuji.. Boleh dikatakan kami lebih banyak bergaduh daripada berbaik.. Walaupun bergaduh, waktu rehat tetap berlima.. Teman Van Houten memang banyak idea.. Melihatkan keadaan kami yang sering bergaduh, dia bercadang untuk mewujudkan mesyuarat tertinggi (tingginyaaaa…)… Katanya, segala2nya boleh diluahkan dalam mesyuarat tersebut.. Bukan itu sahaja..

“Mesyuarat tertinggi ni kena ada nama..” katanya sambil memandang kami seorang demi seorang.

“Nak letak nama apa?” Salah seorang daripada kami bertanya.

“Mesyuarat Tertinggi Exco Ikan Sepat,” katanya penuh yakin..Seperti sudah lama dia memikirkan nama tersebut.

“….???” Kami hanya memandang sesama sendiri..

“Kenapa? Alaa…boleh la..boleh la..” Pujuknya sambil ketawa manja (manjanyaaa)

Kami masih lagi memandang antara satu sama lain dengan riak wajah yang pelik..(Takde nama lain ke?) Akhirnya, kerana tidak mahu menyulitkan lagi keadaan, kami semua bersetuju dan sama2 mentertawakan nama tersebut..(padahal kami masih lagi bergaduh masa tu..)

Melangkah ke Tingkatan 4, geng Anak2 Belalang dah tidak rapat seperti dulu.. Ada yang berjaya ke asrama penuh, ada yang kembali ke Borneo, ada juga yang berpindah mengikut keluarga.. Yang tinggal juga berpindah kelas mengikut aliran masing2.. Hanya sekali-sekala kami bertanya khabar atau lebih tepat lagi, menyakat..

Pertengahan Tingkatan 4, teman Van Houten datang lagi dengan ideanya..

“Angah, aku dah dapat nama untuk kita semua..”

“Nama??”

“A’ah..kita tukar nama Exco Ikan Sepat tu..dah tak sesuai..”

“Owhh..apa dia??”

“HAZEL..aku gabungkan nama sebenar Along, kau, Uda, Kak Chik ngan aku..jadikla HAZEL..”

“Hazel? Macam nama kacang je??”

“Tak kesah la..Kacang kan sedap..Nanti, coklat Hazelnut tu kita jadikan coklat rasmi kita..”

“Haa…ok gak kan? mula2 ada coklat rasmi..esok2 mana tau ada bangunan rasmi..”

Kami sama2 tersenyum sambil berangan tentang bangunan HAZEL..Persahabatan kami bertambah meriah dengan penyertaan “sepupu2” baru HAZEL –Ai, Ea, dan Lelot– menjadikan kami 8 orang kesemuanya..Bagi mengelakkan kekeliruan, kami mengekalkan gelaran yang sedia ada..Cuma nama HAZEL saja yang dinaiktaraf..menjadi ♥HAZEL FAMILY♥

Sehingga kini, HAZEL FAMILY masih kekal bersama.. Lebih menggembirakan, HAZEL FAMILY sudah ada generasi baru 🙂 Ketika kisah ini ditulis, Lelothazel sudah menjadi ibu kepada Syarah Damia (3bulan++), Udahazel sedang menunggu hari untuk menimang cahayamata sulungnya, manakala Aihazel akan berkahwin tidak lama lagi.. Alhamdulillah.. HAZEL FAMILY yang lain? “Lu pikirlah sendiri..”, kata Bang Bil..bukan kata saya ya..!

Jumpa lagi di Edisi IPT!!

~~ Salam..

” Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. “ -Imam Umar bin Abdul Aziz

Advertisements

Rakan.. Kawan.. Teman.. Sahabat.. ~EDISI SEKOLAH RENDAH~

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum…

Rakan.. Kawan.. Teman.. Sahabat..

Tidak kiralah apa pun definisinya…Kali ini, saya ingin bercerita tentang mereka.. Insan-insan yang saya kenal, rapat dan sayang dalam satu ukhuwah atau hubungan yang baik..

ZAMAN KANAK-KANAK

Saya akui, saya tidak pandai berkawan.. Sebagai anak perempuan tunggal dalam keluarga (4 adik-beradik saya yang lain adalah lelaki), sejak kecil lagi saya sudah terbiasa bermain seorang diri..(Yelah, mana ada budak lelaki nak main mekap2 dengan patung Barbie, kan?) Keterasingan yang saya cipta sendiri ini terbawa-bawa ke zaman sekolah.. Tengku Mariam School, di sekolah yang keseluruhannya murid perempuan, saya berkawan ala kadar..hanya ada kawan2 untuk sama2 ke kantin dan bermain pada waktu rehat..kurang berbual kerana saya tak tahu apa nak dibualkan..Fokus saya hanya satu – siapkan homework cepat2 supaya malam nanti saya boleh tengok tv..

Saya masih ingat peristiwa berdarah semasa saya di dalam Darjah 3 Kuning.. Hari itu, ibu kepada kawan sekelas kami ingin menjamu kek hari jadi anaknya di sekolah.. Selepas rehat, semasa berlari dari kantin ke kelas, saya telah terjatuh ala-ala terbang superman ke longkang surau.. Dengan kaki yang berdarah, saya ke belakang surau dan menangis senyap2.. Panik melihat darah yang meleleh banyak ke stokin, air mata saya semakin laju.. Tiada siapa pun yang menemani saya ketika itu (budak2..semua dah excited nak makan kek!).. Ketika saya berusaha menahan luka dengan kain sekolah (saya pakai baju kurung masa tu..), 2 orang rakan menegur saya..

Awak!! Nape awak tak pegi makan kek?”

“Kite jatuh laa.. ”

“Nah, guna tisu saya..”

“Nanti awak takde tisu nak lap peluh..”

“Takpe..awak jangan la nangis..”

” ….. “

Jangan nangis..tengok budak sekolah sebelah tu ketawakan awak..”

“Mmm…time kasih awak, tolong kite..”

Terima kasih Azwana Ibrahim dan Halimatussaadiah (maaf, saya lupa nama bapanya).. 🙂

Keadaan bertambah ceria ketika saya di dalam Darjah 6 Kuning..Semasa persiapan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah (e’eh..dah lama tak sambut), beberapa orang rakan datang menghampiri saya..

Kita buat group nak?” Seorang rakan bertanya sambil tersengih..

“Group apa??” tanya saya..

“Group best fren..” Seorang lagi menyampuk. Kali ini, sengihnya sampai menampakkan geraham..

“Mmmm…ok!” Setuju aje lah…

Dan tengah hari itu, buat pertama kalinya saya diajar menari A-go-go di corridor sebelah bangunan sekolah!! 🙂 Persahabatan kami lebih bermakna apabila sama2 menyertai rombongan ke Kelantan dan Terengganu..Ketika itu juga lah bakat saya diasah apabila beramai2 menyanyikan lagu Awas-KRU di dalam bas..(1994, Yusry masih hensem lagi masa tu..)

Siapa mereka? Biarlah…hanya mereka yang tahu..Lagipun, saya tak mahu menyinggung hati kawan2 saya yang lain..kerana mereka semua tetap kawan saya..tanpa perlu ada syarat atau peristiwa istimewa.. 🙂

Kita jumpa nanti di Edisi Sekolah Menengah, ya!

~~Salam..

” Jangan berkawan dgn orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan . Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya .Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah “ Saidina Ali bin Abi Thalib Karamullahu Wajhah

Dari blog seorang sahabat…

27 November 2007?? dah 7 bulan rupanya saya tak menulis..bermakna dah lebih setengah tahun juga saya mengabaikan hadiah dari teman yang istimewa ni..(maafkan saya!)

Ada sesuatu yg berlaku hari ini yg memanggil saya untuk kembali menulis…

Apa dia? Sabar..nak cerita lah ni…

SELASA, 24 JUN 2008

2.00 ptg..seperti biasa, hari-hari pengangguran saya di isi dengan internet..ketika mata saya ligat “men-skodeng” blog rakan-rakan tercinta (cintanyaaa…..), saya terpandang satu article yang menarik..

FRIEND-posted 12/26/2007….hmm, nak baca lah.. click click!

loading page…

“ni one of frez yg pling best for me…we slalu wat keje same2 n last projek yg we all handle bsama……….”

Dari ayat pertama saya baca, degup jantung saya semakin laju…semacam tak percaya dengan apa yg saya baca…biar betul?? gambar yg tiba2 jer muncul di awal article benar-benar mengejutkan saya..

“Ya ALLAH…Liesa…”

Tak dapat saya nak gambarkan bagaimana perasaan saya ketika itu..Terharu… Sayu… Sedih… Rindu… Sekelip mata jer pipi saya basah..Alamak, tisu dah abis! Dan petang itu, sekali lagi baju saya menjadi mangsa kesedihan saya..(Baiklah, lepas ni saya akan guna tisu..)

Saya teruskan membaca sampai ke ayat terakhir..

“i will miss you…. but you make me cry u know….”

Tersandar saya seketika.. Terkilan.. Hanya selepas 6 bulan article itu ditulis, baru hari ini saya baca.. Dan sungguh saya tak percaya, sehingga ke tahap itu beliau menghargai saya..Terima Kasih Liesa!

Liesa dan saya yang serabai...

NOR ASLISA BT NASRONI

Saya mengenali beliau dari hari pertama minggu orientasi di KPTM Batu Pahat..sama2 berkongsi minat..berkongsi rahsia..saya mengagumi kecekapannya menguruskan program..beliau banyak memberi sokongan ketika saya hampir mengalah dalam permainan hidup..saya cemburu keberaniannya berbahasa Inggeris dengan hampir semua orang.. dan kerana beliau jugalah, setiap kali saya melihat jarum peniti, saya akan terbayang jarum peniti tudungnya yang sering mengancam untuk menghunus pipi montel beliau.. 🙂 Banyak kenangan yang kami dah cipta sepanjang lebih 2 tahun di KPTM Batu Pahat.. Kini, beliau hampir menamatkan latihan industri dan bulan depan, saya akan mengakhiri zaman bujang…eh silap, zaman pengangguran saya untuk menambah ilmu yang ada..Ya, berpisah demi meneruskan perjuangan al-amr bilmaaruf wannahyu ‘anil munkar lillahi Ta’ala..Semoga perjuangan kami tidak terhenti di sini..InsyaALLAH..