Oops~! Kantoi..

Salam…

Satu hari di dalam bas gagap…kedengaran lagu berentak perlahan dari corong radio..

Sangat mendayu-dayu… Semakin lama saya mendengar, saya dapat rasakan seperti telinga saya mula lembik sehingga boleh mencecah bahu..

“Aku kau panggil sayang…Dia kau panggil sayang…Mana satu mahu mu~~~”

Eewwwww! Lagu apa ni??! Tak sanggup nak dengar lagi, terus sumbat telinga dengan earphone..check playlist, damn! 3 lagu jer? Baru saya teringat yang saya lupa nak restore semula lagu lepas master reset handphone saya hari tu..Perjalanan ada lagi 2 jam..Aduyai….dengar je la daripada tak ada..

Track 1: I Don’t Care – 2NE1

Track 2: Already Gone – Kelly Clarkson

Track 3: Jump Then Fall – Taylor Swift

(Kenapa 3 lagu ni?? nanti saya cerita dalam post lain..)

Saya fikir, nasib baik lagu baru.. Jadi, tak la boring sangat sampai banyak-banyak kali…Lega la sikit.

Selepas setengah jam perjalanan, sedang saya cuba berangan berehat sambil menikmati hujan lebat, bas gagap mula bergerak perlahan..

“Oh tidak, tolong la, jangan ada traffic jam.. Doa saya dalam hati..

Doa saya tak dimakbulkan.. Dan saya tersangkut dalam traffic jam selama 1 jam di tengah highway.. -_- Lepas dari kawasan kemalangan, bas gagap sangat lambat. Saya cuba tidur, tapi air-cond yang terlalu sejuk buat saya rasa nak wee-wee.. Macam-macam yang saya buat bagi menghilangkan bosan… Kira line putus-putus atas jalan…kira kereta warna biru..Penat kira yang warna biru, saya kira yang warna putih, merah, hitam.. (Orang Malaysia suka kereta putih rupanya..) Lepas tu, jumlahkan no plat kereta..Lawan kira bas dengan lori, mana yang lagi banyak dikira menang..Sedar-sedar dah sampai plaza tol…Lega lagi sikit..

Bila dah keluar highway, saya ingatkan semuanya akan berjalan lancar. Tapi, keadaan bertambah teruk. Rupa-rupanya bas gagap lebih suka hujan di dalam bas. Air-cond yang terlalu sejuk tadi telah terkondensasi dan menyebabkan karpet yang menutup saluran air-cond tu basah…Menitik seperti hujan…Tepat di atas tempat duduk saya. Tukar tempat duduk? Bas gagap penuh penumpang hari itu… +_+

Dan akhirnya, selepas 3 jam dalam bas gagap (JB-BP 3 jam???), saya sampai juga ke Batu Pahat dengan bladder yang sangat gagah menggunakan segala keupayaannya..hehe!

Saya tahu kenapa perjalanan saya kurang bernasib baik. Saya rasa mungkin sebab saya dah ‘lebur’ Zuhur saya tengah hari tu..

Oops~! Kantoi.. 😀

Tag lagi?

Salam…

Tag ni dah berkurun ada dalam draft saya.. selalu tertangguh nak publish sebab tak idea nak buat.. Tapi malam ni macam ada mood nak buat, so..let’s do it!

Rules: It’s harder than it looks! Copy to your own post, erase my answers, enter yours and tag people you want. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real; nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can’t use your name for the boy/girl name question.

1. What is your name :
Elizsue

2. A four letter word :
Emak

3. A boy’s name :
Ezri

4. A girl’s name :
Erni………!!! Angkat kain jemuran..hujan dah turun!!

5. An occupation :
Engineer kerajaan gred J41

6. A color :
Emerald

7. Something you’ll wear :
“E-String” Eye wear.. Hehehe 😀

8. A food :
Epok-epok.. (it’s karipap lah!)

9. Something found in the bathroom :
Essential Oil

10. A place :
England (berangan Conventry la tu..sudah-sudah la, MARA hantar local je nanti. terima la hakikat..)

11. A reason for being late :
Engine rosak…

12. Something you’d shout :
“Ek eleh…!”

13. A movie title :
E.T aka Eliza Tahir Extra-Terrestrial 😀

14. Something you drink :
Espresso

15. A musical group :
Estranged

16. An animal :
Elephant

17. A street name :
Elm Street

18. A type of car :
Enzo (Ferrari)

19. Title of a song :
Everybody’s Changing – Keane <– It’s my all time favourite song!! ^_^

Ok, Saya tag semua yang rajin nak jawab tag ni…buat la ye..

Tak suka la…

Salam…

Sekarang pukul 12.48 tengah malam…

.

.

Tak boleh tidur…

.

.

Sunyi…

.

.

Dato’ R dah tidur…

.

.

Terlupa nak call

.

.

Rasa tak lengkap satu hari…

.

.

Sedih…

.

.

T_T

Tak suka la jauh-jauh lama-lama macam ni…

.

.

.

-end-

Siapa nak ikut? Jom!

Salam…

Semalam sangat memenatkan otak… Sehari suntuk saya study CakeSMS Server untuk final project saya… Banyak yang saya explore, and it’s worth every single minute I’ve spent on it.. Tapi, banyak lagi yang saya belum cover, dan tutorial dia pun saya belum habis buat lagi.. insyaALLAH, bila saya dah faham nanti saya cerita ye..

Oleh sebab dah penat sangat, saya tutup buku, tutup semua window yang berkaitan. Yang tinggal cuma Facebook, YM dan Youtube je… mari bersantai!!! Yeay!!

Surfing.. surfing.. surfing…

Streaming.. streaming.. streaming…

Chit chat.. chit chat.. chit chat…

Lalalalalala… suka hati…

And I came across this website…

gemazafana

Gema Zafana bergema lagi di Istana Budaya!!!

Tak sabarnya nak pergi… Saya minat sangat  zapin.. Walaupun tak pandai berzapin, tapi saya suka tengok especially zapin kanak-kanak… Comel, tapi berbakat… Seronok je tengok.. Gema Zafana ni dijadualkan 26-29 Disember 2009 akan datang.. Saya nak pergi la..

Siapa nak ikut? Jom!

Facebook jahat!

Salam…

Facebook jahat. Suka sabotaj saya.

Tengok ni..

gemok

PALING GEMOK????!!!!

Jahat kan? Dulu cakap saya Jawa Totok..kali ni cakap saya gemuk lak.. PALING GEMUK tu yang tak tahan tu..

Eeeee…. tak nak main facebook lagi la lepas ni… 😦 (Hurmmm…jangan percaya..)