Bridezilla Mode Begins…

Salam…

Taking a deep breath……..

Releasing a heavy sigh……

OK. I’m not gonna write about my anxiety on uncertain things like my exam result and all my academic issues ..

I just have to be prepared and pray for the best..

Enough said..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hahaha…

Nampak tak wedding ticker saya kat atas tu? Tinggal 31 hari je lagi..Approximately 4 weeks.. Alhamdulillah..preparations went smoothly so far.. Dalam tempoh kurang 3 bulan, kami sekeluarga kelam-kabut buat persiapan..Dalam kesibukan saya dengan final year project dan urusan-urusan akademik yang lain, dapat juga curi-curi masa berulang-alik Johor – KL.. Penat, tapi redah je la…

Memang pening kalau dalam kepala dah setting siap berangan lepas habis belajar nak pergi vacation kat pulau atau kat tepi pantai, tiba-tiba orang sekeliling suruh kahwin… Hallamak…Macam-macam soalan ada dalam kepala saya..

“Mana nak cari duit ni??”

“Macam mana nak buat??”

“Dah ready ke nak jadi isteri orang??”

“Dari mana nak mula preparation ni??”

Mula la menggelabah tanya pendapat semua orang kan..Parent saya tiada halangan, adik-beradik lagi la kan.. Maka, mesyuarat keluarga pun diadakan…Semua sibuk dah buat checklist, nak cat rumah, booking caterer..pendek kata, segala macam tok nenek perkara yang berkaitan dengan kenduri kahwin dibincangkan… Saya?? Blur… hehehe..

Hasil dari mesyuarat kilat tu, saya cuma perlu arrange 3 perkara je iaitu:

  1. Mak Andam – family dah letak syarat mak andam MESTI PEREMPUAN TULEN..separuh-separuh ni abang sulung saya tak bagi..
  2. Official Photographer (OP) – Dato’ R kata, tak payah ada photographer..Hepp!! Mana boleh! Tak kira, saya nak jugak…
  3. Kad Jemputan – ni pun family dah tentukan design kad yang nak ditempah..maximum harga RM1/keping, jadi saya kena pandai-pandai cari..

Tugas dah dapat, jadi langkah pertama saya ialah pilih warna tema.. Pening kepala saya pilih warna tema.. bukan tak berkenan, tapi dah rambang mata..hehehe… Finally, saya jumpa satu website yang amat-amat la membantu saya dalam memilih warna tema… The Perfect Palette. Dalam banyak-banyak warna tu, saya pilih ini..

Plum, Snow White & Silver

Sebelum ni, saya namakan warna ni sebagai mangosteen purple..rupanya nama die plum..hehehe…mana-mana je lah…

Cantiknya kalau pakai baju putih yang sangat simple dengan peeptoe heels yang begini…(Ok, saya dah mula berangan…)

Begitulah lebih kurang warnanya..

Tak cantik?? Eh, mata saya tengok cantik je…lagipun, saya yang nak kahwin kan???

Hehe…jangan terasa ye…ini adalah jawapan yang saya harapkan boleh terkeluar dari mulut saya bila ada makcik-makcik busybody yang kata warna ni gelap la, tak sesuai la, tak cantik la, apa la…hurmmm…tapi, kita kan mesti hormat orang tua..jadi selalunya jawapan-jawapan sebegini saya telan balik je..anggap je la mereka sebagai manusia yang sangat prihatin…hehehe..ayat cover.. 😉

Bersambung….jeng jeng jeng..

nota kaki 1: kalau kite tengok cerita kat tv, selalunya jalan cerita tengah sedap tiba-tiba je bersambung….kan?

nota kaki 2: entri ini adalah hasil pengaruh drama tv..hehe..

nota kaki 3: penulis perasan syok sendiri, macam lah sedap sangat cerita dalam entri kali ni…

Advertisements

12 comments on “Bridezilla Mode Begins…

  1. wei xblh bla aku baca ayat ko tu yg “mcm mne nk buat” wakakakkaka…
    yg pertma tu aku blh jawab la…rezike tu dtg dr ALLAH ko jgn risau la…

  2. hehehe…ape yg ko pk bile baca statement aku tu haaa…
    hehehe..tq kamal..jgn lupa dtg tau…

  3. My favorite color!!!! Dulu, masa nak beli kain nak kawin tu, ada orang cakap juga “aish. nape beli kaler purple belacan nih!” dan saya dengan coolnya jawab (haha) “sebab saya suka!”. Dulik arrrr kan.. pastu saya da approve dah baju ceria mak saya untuk dipakai masa kenduri, tak aleh2 ada suara-suara sumbang soh mak tukar baju – kata baju mak tak cantek!!!! sudahnya mak pakai jubah maroon (yang LAGI TAK CANTEK) yang dia dah selalu pakai. keciwa I, mak je tak masuk theme color. I hate suara-suara sumbang itu. (eh, emo plak).

    owh, kesimpulannya di sini, sila pesan kepada keluarga kamu, masa kenduri, tak yah peduli orang nak kata ape, kalau kamu dan keluarga da rancang sebegitu, teruskan saje – no last minute change (unless benda tu menyusahkan atau membahayakan diri atau orang lain). saya masih hate suara-suara sumbang itu. benci.

  4. yeay!! ade pun org yg support kaler yg owg pilih ni…best best! kaler ni cantik la kan? kan?? ^_^

    siannyer…suka2 hati je suara2 sumbang itu nk jadi wedding planner x bertauliah ek..konon2 mcm dah berpengalaman sgt la arrange wedding, smpi wedding anak org lain pun nak sibuk2…thanks for the tips yer arfah..will take note about it.. 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s