Apa yang penting?KERJASAMA.. ^_^

Assalamualaikum w.b.t..

Salam Maal Hijrah..

Alhamdulillah…cuti Krismas dan Maal Hijrah yang lepas kami sekeluarga dapat berkumpul beramai-ramai..Saya cerita sikit la ekk..

25 Disember 2008

Walaupun renovation dah masuk fasa terakhir, rumah masih agak kelam kabut penuh dengan habuk..Oleh sebab tangga masih belum siap dan kami semua dilarang naik ke tingkat atas, buat pertama kalinya semua anak-anak dan cucu-cucu Abah kena tidur lintang-pukang kat ruang tamu..Bila tukar tempat baru, biasanya saya susah nak tidur..Masa ini lah saya boleh dengar macam-macam jenis bunyi dengkur..Dari yang paling haluuuuss sampai lah ke tahap boleh bergegar lantai..Yang macam bunyi enjin motobot masuk air pun ada..Bop bop bop bop bop ppuuussss..hehehe..nasib baik saya tak buat video record

26 Disember 2008

Renovation complete. Masing-masing dah diberi misi yang perlu diselesaikan..Kemas-kemas, mop lantai, masak-masak, main game (untuk kanak-kanak sahaja, supaya tak mengganggu)..Akhirnya, dapat jugak saya bilik air sendiri..yeay! terima kasih Abah.. ^_^ Dalam masa yang sama juga, kami  masih  sempat sambut hari jadi 4 ahli keluarga yang jatuh pada tarikh berdekatan..Makan makan makan..hurmm, makin terhad la baju yang saya boleh pakai nanti…

27 Disember 2008

Painting time!! Awal-awal lagi saya dah beritahu Abah saya nak cat kayu pemegang yang dekat tangga tu..(apa nama dia ekk?) Jadi, pagi itu, saya dan abang-abang saya memulakan kerja-kerja wet papersanding untuk tanggalkan cat lama..Saya buat sikit jer sebab lenguh tangan..Biar lelaki yang buat, cepat sikit siap..hehe~ Jom kita tengok gambar…

Sebelum…

dsc00894dsc00893

Selepas wet papersanding

dsc00895dsc00897dsc00898

Selepas…

dsc00899dsc00902dsc00904

Haaaa…..siap pun. Kalau buat seorang, memang sampai maghrib la baru siap..Nasib baik ada abang-abang..

Macam kata wonderpets, apa yang penting?? Kerjaaaaaaasama! ^_^

Advertisements

Eliz??Dia selesema, Cekgu..

Assalamualaikum w.b.t…

Hari ini kita cerita pasal penyakit saya yang susah nak baik ni ye…

Mula-mula, hidung tersumbat..sekejap sebelah kiri yang tersumbat, sekejap lagi sebelah kanan pulak..Lepas tu, dua-dua tersumbat..Susahnya nak bernafas..Terpaksa bernafas ikut mulut..

Bersin bersin..boleh sampai 7x berturut-turut..mata dah mula “kukus”..Hidung sangat gatal..Gosok hidung sampai merah-merah..Dah boleh standby tisu sekotak kerana “pili bomba” akan melimpah tak lama lagi..

Suara jadi sengau..kepala jadi berat..mood hilang 100%..buat apa pun semua tak kena..Biasanya saya akan cuba bertahan dan lawan dengan penyakit dulu sebab seseorang (saya tak ingat siapa) pernah berpesan pada saya, kalau nak cepat sembuh dari penyakit, kena lawan penyakit tu..Tapi, selalunya saya terpaksa mengaku kalah..

Penyelesaiannya…

Chlorpheniramine & Actifed..

Chlorpheniramine & Actifed..

Ya..DADAH..tapi nak buat macam mana, itu yang terbaik..Lagipun saya tak nak la nanti berjangkit pada orang lain..

Dan selepas itu, semua orang takkan lagi rasa terganggu dengan bersin saya sebab saya dah lena dibuai mimpi..terbang terbang ke bulan~~~

Hurmmm….

Tapi kan, “sesema” saya ni akan baik sekejap jer..2-3 hari lagi, “sesema” tu akan datang balik menyerang..Terpulang untuk percaya untuk tidak, saya pernah “sesema” dari hari pertama cuti hari raya Aidilfitri sampai akhir bulan 11 yang lepas! Dalam tempoh tersebut, saya tak tahu berapa banyak pil saya dah telan..Vicks Inhaler, Minyak Cap Kapak, poket tisu, sapu tangan Mr. Aku dan 2 jenis pil tadi dah jadi teman baik saya..Sentiasa ada dalam beg saya..

Oleh sebab dah tak tahan sangat, saya paksa diri saya untuk pergi klinik (saya tak suka pergi klinik kalau sakit sikit-sikit je)..

“Doktor….saya dah sesema lama sangat ni..kenapeeeeeee???”

“Hmmm..awak allergic sebab saya tengok awak tak ada simptom-simptom jangkitan pada hidung..Cuba elakkan dari habuk, makan seafood, sejuk-sejuk sangat pun tak boleh..”

“Aircond??”

“Itu saya memang tak galakkan la..”

“Alaaaa~~”

Tak boleh sejuk??

Hurmmm..macam mana saya nak main salji ni?? 😦

*kukus = stim

*pili bomba = hingus

By elizsue Posted in Life

Serius, tak perasan!!

Salam….

18 Disember 2008…

Bangun pagi..mandi-mandi..shampoo-shampoo..bedak-bedak..wangi-wangi..

Hurmmm..rambut dah panjang..ish rimasnya.. Alah mak, scarf rambut patah la pulak..Siapa punya kerja ni..

Sarapan.. kenyang..basuh pinggan..tengok view belakang rumah kat pintu..banyaknya kereta parking hari ni..ada budak2 kolej lalu jalan kaki..bagus diorang ni, tak kenal pun senyum.. senyum balik, pahala ni..

Pegi depan..kereta Abah tak ada..keluar dengan Ibu kot..ada baldi kat tepi sliding door..Owh, Ibu dah siap “spin” kain..Kalau tak sidai ni nanti mesti kena marah..Sidai la kejap…Hurmmm..Jiran sebelah ni pagi-pagi dah suruh bibik dia basuh lantai..Haih, kesiaaaan..

“Jemurr kain ya Kak?”Alah mak dia tegur pulak…

“Ha’ah la Riri..Sudah breakfast?”

“Ya, udah tadi pagi..”

Senyum je la..Maaf la ek Riri, otak tengah “loading” lagi ni tak ada mood nak bersembang..

“Liza tengah cuti ya?” Ait? Mrs. Teo ni pun nak tegur jugak? Adoiyai…

“Ha’ah Cekgu..bulan 1 nanti baru start belajar balik..”

“Patut la selalu nampak Liza..” Liza?? Erk…..

“Hehhh…”

Ok siap pun sidai kain.. Eeee kuatnya angin..best best..masuk rumah lambat sikit la.. Jom tengok ada surat tak hari ni? Ait, banyaknya business card? Hish along ni nak buat promotion pun jangan la kat rumah ni..Buang buang.. Haihh, sampah dah penuh 2 hari, orang Majlis ni tak reti-reti nak datang angkut ke..

Smartnya Myvi ni..E’eh mamat ni, tau la kereta lawa..nak sengih-sengih tengok sini apa hal? Eleh, masuk rumah lagi bagus..Ait? Adi dah bangun? Mimpi hantu ke bangun awal?

“Apsal kau pakai tu Ja?”

“Apa?”

“Atas kepala kau tu..” Alah mak!

“Scarf aku patah la..” Adoiyai…! Macam mana boleh lupa ni!?!

untitled4

Marty on Teddy's head..Identiti sebenar mangsa kejadian dirahsiakan..

Patut la semua orang ramah semacam jer..

Serius, tak perasan! !

By elizsue Posted in Life

Being Johorean..yeah!

Assalamualaikum readers….
Disclaimer: I found this interesting post on my lecturer’s blog, Sir Erwandi who has no idea who is the real author of this post as well..The author should be given 2 thumbs up for her effort (i am quite sure the author is female as i read no 3)..

10 Things You Should Know About A True Blue Johorean

1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk…

Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark).
Contoh :-
Ni awak punyer ekk?
Nama awak saper ekk ?
Kenapa kite kaler tak cantik ekk ?
Dan macam-macam ekk lagi.

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB.

Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Baru seperti di Masai- chusettes umpamanya.
Contoh :
Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak?
So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana – if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, ” Eh, lu kan dah ada kat Johor?”
Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.
3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit)

In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”.
Contoh :
Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok).
Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak.
Aku cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) , bandor (Bandar), pasor (pasar) dan lain-lain.
4. They are brash with a CRAZY sense of humour.

Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **.
Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor. (Did you see Majalah 3 the other night – see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ? Haha…. that is exactly my point!)
5. Diorang ada ENDUT **.

Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut.
Contoh ayat :
Haa…kau dah ada endut yer ?
Kau pergi berendut kat mana ?
Orang berendut dia pun nak berendut.

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok….

Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy . Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN – pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus.
Aku pernah tanya my Dad dulu – kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita :

Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya ” Mana Bubur Tok? “. Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok – kesan dari cakap cepat-cepat .Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku – maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock .

Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore , sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc. Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler.Ampun Tuanku !

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang

Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi.
Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah – normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.
9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK **.

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore!

When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa – semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore !
Kamus Johor :

Bongok – bodoh
Bigor – gila-gila
Endut – makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren.
Boleh digunakan tanpa mengira jantina.
Berendut – berpasangan.
Pergi berendut – dating.
Botok-botok, bebotok – sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus.
Leca – tilam.
Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY – tak ada Vono, Slumberland ).
Gerobok, Gobok – cupboard. Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke.
Ampo – permaidani, carpet
Gebo – selimut

Biar Betul??

Salam…

Cuba tengok ni…

4:00 pm..

Top 6

Top 6

6:46 pm..

Top 1

Top 1

8.11 pm..

Still at the top...

Still at the top...

Macam tak logik sebab blog saya cuma dapat average 20-50 hits jer sehari..Paling banyak 71.. Total hits pun tak sampai 1000..

Biar betul wordpress ni.. Hurmmmmmm..??