Bakar semangat…

Saya suka dengar lagu ni bila “down”…Rasa membakar semangat..

PHOENIX BANGKIT DARI ABU – M. NASIR

Bina jambatan menuju ke seberang
Melangkah jurang lebar dan dalam
Dengan darah dan keringat
Dengan airmata berpegang pada taliNya

Rapatkan saf semangatmu jangan goyah
Kota yang telah roboh harus dibina semula
Atas dasar kebenaran demi kita demi waris
Semua serangan yang datang kita tangkis

( 1 )
Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu
Bangkit membina (semula) satu keindahan (baru)

Phoenix bangkit
Bina jambatan menuju keseberang
Dengan darah keringat dan airmata oh…
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan
Demi cinta tiada lain demi cinta

( ulang dari 1 )

Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bina jambatan menuju keseberang
Dengan darah keringat dan airmata oh…
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan
Demi cinta tiada lain demi cinta
Demi cinta… demi cinta…

Saya dan Ilmu..

Assalamualaikum w.b.t…

Esok saya akan pulang ke kolej..(Iyeee, kat Kolumpo..)

KL.. Arghh..menyebutnya saja sudah buat saya lemah..Lemah dengan suasana bising dan penuh dengan manusia..Saya akui, saya memang tak selesa tinggal di KL..Tapi, kerana tuntutan tanggungjawab dan cita-cita, saya sanggup ketepikan semua rasa yg saya tanggung sekarang ni..

“Sabar la hati..sekejap jer..”

“Ala..KL jer, bukan Zimbabwe pun..hujung minggu kan boleh balik lagi..”

“Tak baik buat perangai, orang lain susah nak dapat peluang macam ni..Bersyukurlah..”

“Satu subjek jer yang susah kan? Yang lain boleh buat kan? So, jangan la complicated kan keadaan…”

“Kalau hati lembik macam ni, macam mana nak further oversea nanti??”

“Tak semua perkara yang kita suka, baik untuk kita…Dan tak semua perkara yang kita tak suka, tak baik untuk kita..”

“Utamakan perkara yang lebih baik dari yang baik..”

“Hadiahkan scroll tu untuk Ibu ngan Abah..”

Macam-macam ayat saya guna untuk lawan homesick blues saya..Ada yang dengar kat tv, ada yang ambil dari nasihat orang, yang reka sendiri pun ada..Ulang-ulang banyak kali dalam hati..

Alhamdulillah…saya bersyukur sangat-sangat, kerana pada waktu ini, ketika saya rasa kurang bersemangat, saya menyedari yang saya sebenarnya dikelilingi oleh rakan-rakan yang menyokong saya..serta ahli-ahli keluarga yang sanggup menempuh perjalanan jauh dan traffic jam untuk menjenguk saya yang terselit di tengah-tengah KL..

Terima kasih yang tidak terhingga..Saya sayang anda semua!! (Macam artis bagi ucapan kat konsert lak..Perasan!)

Mulai minggu depan, saya cuma ada lebih kurang 12 minggu sebelum Exam-focused Classes..Ini bermakna, dalam tempoh tersebut, agenda saya ialah:

1. Revise syllibus untuk setahun bagi 4 subjek major..

2. Siapkan 5 system..(nasib baik by group)..

3. Organize 1 event..(some kind like Explorace..paperwork pun x siap lagi ni..mati la saya..)..

4. Banyakkan latihan Advance Programming..(I have no basic in Java..Sebab tu saya rasa sangat terkapai-kapai ku kelemasan..Arghh..it’s killing me softly..)

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11. Main “pondok-pondok” dengan Hazel Family..

12. Menonton PGLM 2 di Istana Budaya pada Februari nanti..

Oleh itu, kemungkinan untuk saya berblog selalu adalah sangat tipis..Tambahan lagi, hostel saya tiada kemudahan WiFi..Hurmm..seems like i’m gonna miss this hobby..(Psst…Doakan elaun saya masuk cepat, saya nak subscribe P1 Wimax dan beli backpack INCASE itu!)

Kenapa no. 5 – no. 10 kosong? Sebab kesepuluhan utama saya ialah untuk study..(macam bola lak..1st eleven) Jadi, sekiranya selepas ini ada perkara berbangkit tentang study, saya akan selitkan di situ..

Oh ye, untuk pengetahuan semua, sistem pengajian saya seperti SPM..Exam setahun sekali..Apa yang saya senaraikan di atas sebenarnya adalah carry forward tasks semester lepas..Tasks untuk semester ini masih belum dapat,  jadi senarai tersebut mungkin akan bertambah lagi..Adoiyai..!

Walaupun begitu, saya tidak mahu menganggapnya sebagai beban..Saya mahu menikmati hidup mendalami ilmu sepuas-puasnya..Seboleh-bolehnya saya mahu menjadikan cabaran belajar  ini sebagai  satu pengalaman paling menyeronokkan..

Supaya satu hari nanti, saya ada sesuatu yang boleh dikongsi dengan anak-anak saya..

Supaya  satu hari nanti, saya boleh menginspirasi bakal pelajar-pelajar saya jika nanti mereka merasai apa yang saya rasa sekarang..(belum apa-apa dah berangan…tak malunya..hehe..)

Supaya satu hari nanti, saya tidak malu mengaku bahawa saya bekas pelajar dismiss..

InsyaALLAH…Doakan kejayaan saya ye..Terima kasih 🙂

DOA KEBERKATAN ILMU

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah aku berlindung dengan Mu daripada ilmu yang tidak diamalkan,
Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk kemegahan.

Tuhan… Ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan. Jangan pula kehidupan orang lain tersuluh tapi kehidupanku gelap,
Di akhirat kelak menjadi hujah & saksi mengapa aku tidak amalkan.

Ya Allah aku memohon kepada-Mu betambah amalku,
Jangan sampai usahaku orang lain selamat & aku tidak,

Ya Allah aku berlindung dengan Mu daripada ilmu yang tidak diamalkan,
Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk kemegahan
Tuhan… Ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan,
Jangan pula kehidupan orang lain tersuluh tapi kehidupanku gelap,
Di akhirat kelak menjadi hujah & saksi mengapa aku tidak amalkan,

Ya Allah aku memohon kepada-Mu betambah amalku,
Jangan sampai usahaku orang lain selamat & aku tidak,
Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk mujahadah
Serta membantuku untuk beribadah & bertaqwa

Ya Allah aku berlindung dengan-Mu jangan sampai ilmuku melaknatku
Semula kerana bermegah-megah & tidak amalkan,
Jadikanlah aku bertambah-tambah ilmu bertambah dekat dengan-Mu,
Bertambah ilmu bertambah ibadah & amalan,

Tuhan jadikanlah ilmuku boleh memimpin diri & orang lain,
Boleh menyuluh hatiku & menyuluh hati orang lain,
Seterusnya jadikanlah ilmu itu sentiasa memberi manfaat & syafaat

Amin Ya Rabbal Alamin..

Keranamu…

Keranamu…

Langkahku hilang arah…

Keranamu..

Keyakinanku goyah…

Keranamu…

Semangatku patah..

Keranamu…

Kebodohanku terserlah…

Keranamu…

Amarahku bertambah…

Keranamu…

Sesalanku kerap menyinggah…

Keranamu…

Benteng kesabaranku rebah…

Keranamu…

Airmataku melimpah…

Keranamu…


Keranamu………. ADVANCE PROGRAMMING ..

Jumpa pun!

Salam…

Pencarian hampir setahun sudah berakhir...

Pencarian hampir setahun sudah berakhir...

Finally, the other pair of my contact lense is found!! Yeay!!

Sebelum ni bila saya tengok dalam kotak contact lense tu cuma tinggal sebelah jer, saya rasa pelik..macam mana boleh hilang..ralat pun ada..saya ingat saya terbuang kat mana-mana..Tapi, pagi tadi bila Ibu tunjukkan pada saya, terus macam tak percaya..Ibu jumpa bawah katil Ibu..

Macam mana boleh sampai bawah katil Ibu ekk?? Hehe..saya pun tak tahu..Tak kisah la, asalkan dah jumpa..

Lega…jimat RM40 saya.. ^_^

Hari yang indah… ^_^

Salam…

1 Januari 2009…Dato’ R datang lagi dengan sweet surprisenya..

Hantar SMS konon nak tidur awal…tapi, ketika seluruh dunia sedang bermandi bunga api sempena kedatangan 2009, Dato’ R dengan selamba mengatakan dia sudah berada di Air Hitam..

Eee…selalu macam tu tau..

Semalam (3 Januari 2008), lebih kurang pukul 11.45 pagi, Dato’ R datang rumah ..Yeay! Gembira tahap hidung berdarah..Hehehe..Makan nasi berdua, makan goreng pisang sepinggan..Kami berbual sambil Dato’ R betulkan notebook saya yang dah mula nak gedik-gedik ni..Seperti mengetahui apa yang bermain di fikiran saya, Dato’ R bookmark blog ini (sila klik ye utk lebih faham maksud saya) KHAS untuk saya..Adoiyai, kena sebijik..Lepas Asar, kami berdua dan adik saya ke BP Mall..Katanya, BIG Cinemas dah buka..kami tengok cerita Yes Man lakonan Jim Carrey..Kami balik ke rumah selepas makan di Rasamas..

Pukul 10 malam baru Dato’ R balik semula ke Air Hitam..rasa macam sekejap je jumpa..

“Jangan la macam ni..jumpa selalu kan tak elok..” Dato’ R memang rajin pujuk..

Sebelum balik sempat juga dia brainwash saya sekejap..

“Jangan malas-malas..nanti jadi kawan setan..” Adoiyai..kena lagi..

Tapi, tak apa..Saya memang bersedia untuk dinasihati.. ^_^

Dato’ R..terima kasih banyak-banyak..Saya ♥sayang♥ awak sangat!!

Dato' R..1437..^_^

Dato' R..1437..^_^