Hazel Family is almost complete :)

Salam…

Selamat Hari Raya Aidiladha.. 😀 (saya selalu lambat, kan?)

Aidiladha kali ini disambut sederhana tapi meriah. Alhamdulillah, kami dikurniakan dengan rezeki yang melimpah-ruah. Berkat bantuan dan sokongan ahli keluarga, business kecil-kecilan saya mendapat sambutan luar jangkaan.. Manakala Dato’ R pula, mendapat anak saudara baru pada pagi Aidiladha.. Syukur tak terhingga.. 😀

Keesokan harinya, merupakan hari yang paling bermakna bagi ♥HAZEL FAMILY♥.. Achikhazel selaku satu-satunya ahli keluarga Hazel yang masih single, telah bertunang! Yang seronoknya, kami bertiga (Ucuhazel, Aihazel dan saya) dah “culik” Achik sebelum majlis..Siap drift dalam kereta yang mana driver kereta itu ialah seorang mak buyung..hehehe~

culik pengantin!! HAHAHAHA!! (ignore my double chin, please...)

Tahniah Achik..Achik cantik sangat hari tu..Dah nama pun pengantin kan, mesti la cantik.. Macam tak percaya je.. Dalam Hazel, saya rasa dia antara yang paling tabah dan gagah.. (tak macam saya, hati tissue. huhu~) After a very long episodes of tears and heartbreaks, akhirnya kebahagiaan menjadi milik Achik..(macam ayat novel, syabas Eliz..)

both of us, without glasses..

Masa sekolah dulu, cikgu-cikgu selalu cakap yang saya dan Achik macam kembar..tapi saya tak rasa macam kembar pun.. Muka kami serupa ke?

BFF..

BFF…Breast Feed Best Friends Forever..tak cukup lagi 3 orang..bila la dapat kumpulkan semua.. mungkin wedding Ucuhazel 12hb ni kot..insyaALLAH…here are some updates on Hazel Family members..

  • Angahazel (that’s me!) – engaged with Dato’ R (yeay!)
  • Udahazel – married with Hafiz, and have an adorable 17months old son, Airyll Hazz and now is expecting their second baby in May 🙂
  • Achikhazel – engaged with Azrin
  • Ucuhazel – engaged and now counting for her wedding day next week!! Dub dab dub dab..
  • Aihazel – married with Awe, expecting their first baby in April… 🙂
  • Eahazel – married with Budi, also expecting their first baby in June..huhu~
  • Lelothazel – married with Nizam, have a cute 19months old daughter, Syarah Damia…

Hehe..seems like Hazel Family are expanding bigger and bigger next year..saya sangat suka!! 😀  Dengan berlangsungnya pertunangan Achik, maka Hazel Family boleh dikatakan hampir lengkap..hopefully we will fully complete next year..Amin~ (oops! terlebih info sudah~~) 😉

Advertisements

Saya sayang cekelat..

Salam…

Bulan lepas, saya cuti seminggu serentak dengan cuti sekolah..Balik Batu Pahat, yeay!

Dapat jumpa Dato’ R tapi saya sangat tak puas hati sebab:

1. Jumpa 2 jam lebih je sebab perjalanan dari KL-BP malam itu sangat-sangat la lancar, maka driver bas tu pun ambil peluang nak test skill sprint dia sepanjang highway..

2. Tak nampak muka Dato’ R sebab gelap dan duduk pun sebelah-sebelah..nampak “sipi-sipi” jer..sangat tidak best..(terfikir juga nak duduk mengadap Dato’ R, suluh muka dia dengan lampu handset, tapi malu orang tengok..)

3. Dato’ R dah pesan awal-awal balik BP kali ni tak dapat nak dating sebab dia akan sibuk jadi orang kuat kenduri kahwin abang dia nanti..sangat tidak best kuasa dua..

Hurmmm, apa nak buat…belum ada rezeki..ecceh! 🙂

Namun begitu, segala rasa tak puas hati saya terubat bila Dato’ R hadiahkan makanan kegemaran saya ketika saya datang ke rumahnya…

cekelaaaaaaaaaaaaaaaat!!!!

cekelaaaaaaaaaaaaaaaat!!!!

Sebenarnya Dato’ R bagi 4, saya dah makan 2..hehe…sangat sedap!

Kata Dato’ R, cekelat ni kakak ipar dia yang buat sendiri..Saya rasa sangat kagum..Pandainya masak..

Tiba-tiba je saya dapat ilham untuk “Hari Besar” saya nanti…Hehe…

Berangan sikit-sikit tak apa kan? 😉

Hari yang indah… ^_^

Salam…

1 Januari 2009…Dato’ R datang lagi dengan sweet surprisenya..

Hantar SMS konon nak tidur awal…tapi, ketika seluruh dunia sedang bermandi bunga api sempena kedatangan 2009, Dato’ R dengan selamba mengatakan dia sudah berada di Air Hitam..

Eee…selalu macam tu tau..

Semalam (3 Januari 2008), lebih kurang pukul 11.45 pagi, Dato’ R datang rumah ..Yeay! Gembira tahap hidung berdarah..Hehehe..Makan nasi berdua, makan goreng pisang sepinggan..Kami berbual sambil Dato’ R betulkan notebook saya yang dah mula nak gedik-gedik ni..Seperti mengetahui apa yang bermain di fikiran saya, Dato’ R bookmark blog ini (sila klik ye utk lebih faham maksud saya) KHAS untuk saya..Adoiyai, kena sebijik..Lepas Asar, kami berdua dan adik saya ke BP Mall..Katanya, BIG Cinemas dah buka..kami tengok cerita Yes Man lakonan Jim Carrey..Kami balik ke rumah selepas makan di Rasamas..

Pukul 10 malam baru Dato’ R balik semula ke Air Hitam..rasa macam sekejap je jumpa..

“Jangan la macam ni..jumpa selalu kan tak elok..” Dato’ R memang rajin pujuk..

Sebelum balik sempat juga dia brainwash saya sekejap..

“Jangan malas-malas..nanti jadi kawan setan..” Adoiyai..kena lagi..

Tapi, tak apa..Saya memang bersedia untuk dinasihati.. ^_^

Dato’ R..terima kasih banyak-banyak..Saya ♥sayang♥ awak sangat!!

Dato' R..1437..^_^

Dato' R..1437..^_^

Jalan-jalan: Bekok

Assalamualaikum w.b.t..

Kali ni kita tengok gambar je lah ye..?

Tarikh: 1 Januari 2008

Lokasi: Hutan Lipur Sg. Bantang, Bekok, Johor.

Bil. Peserta: 19 0rang yang sangat teruja..(5 kereta)

dsc00945

Pintu masuk..

dapat "port" best..dekat dengan air..

dapat "port" best..dekat dengan air..

Sangat teruja...

Sangat teruja...

Pasang khemah dulu baru boleh makan..

Pasang khemah dulu baru boleh makan..

Bila nak masuk dalam air ni...

Bila nak masuk dalam air ni...

Atuk Mak tak larat nak jalan ye?Takpe, hero kan ramai...

Atuk Mak tak larat nak jalan ye?Takpe, hero kan ramai...

Mana gambar dalam air??

Alah mak…Nak berendam takkan nak bawak handset sekali kot..hehehe…

Apa yang penting?KERJASAMA.. ^_^

Assalamualaikum w.b.t..

Salam Maal Hijrah..

Alhamdulillah…cuti Krismas dan Maal Hijrah yang lepas kami sekeluarga dapat berkumpul beramai-ramai..Saya cerita sikit la ekk..

25 Disember 2008

Walaupun renovation dah masuk fasa terakhir, rumah masih agak kelam kabut penuh dengan habuk..Oleh sebab tangga masih belum siap dan kami semua dilarang naik ke tingkat atas, buat pertama kalinya semua anak-anak dan cucu-cucu Abah kena tidur lintang-pukang kat ruang tamu..Bila tukar tempat baru, biasanya saya susah nak tidur..Masa ini lah saya boleh dengar macam-macam jenis bunyi dengkur..Dari yang paling haluuuuss sampai lah ke tahap boleh bergegar lantai..Yang macam bunyi enjin motobot masuk air pun ada..Bop bop bop bop bop ppuuussss..hehehe..nasib baik saya tak buat video record

26 Disember 2008

Renovation complete. Masing-masing dah diberi misi yang perlu diselesaikan..Kemas-kemas, mop lantai, masak-masak, main game (untuk kanak-kanak sahaja, supaya tak mengganggu)..Akhirnya, dapat jugak saya bilik air sendiri..yeay! terima kasih Abah.. ^_^ Dalam masa yang sama juga, kami  masih  sempat sambut hari jadi 4 ahli keluarga yang jatuh pada tarikh berdekatan..Makan makan makan..hurmm, makin terhad la baju yang saya boleh pakai nanti…

27 Disember 2008

Painting time!! Awal-awal lagi saya dah beritahu Abah saya nak cat kayu pemegang yang dekat tangga tu..(apa nama dia ekk?) Jadi, pagi itu, saya dan abang-abang saya memulakan kerja-kerja wet papersanding untuk tanggalkan cat lama..Saya buat sikit jer sebab lenguh tangan..Biar lelaki yang buat, cepat sikit siap..hehe~ Jom kita tengok gambar…

Sebelum…

dsc00894dsc00893

Selepas wet papersanding

dsc00895dsc00897dsc00898

Selepas…

dsc00899dsc00902dsc00904

Haaaa…..siap pun. Kalau buat seorang, memang sampai maghrib la baru siap..Nasib baik ada abang-abang..

Macam kata wonderpets, apa yang penting?? Kerjaaaaaaasama! ^_^