Kenape? Tak percaye?

Betul ke apa yang saya buat ni???

Sesuatu yang tidak tersenarai dalam azam saya tahun ini..mahupun tahun depan..

Sesuatu yang tidak ada dalam agenda diari saya bulan ini..

Sesuatu yang tidak terlintas langsung di fikiran saya ketika menulis entri kompang-kompang minggu lepas..

Sesuatu yang sungguh tak disangka-sangka..

Sesuatu yang sukar untuk saya percaya..

Sesuatu yang tidak dirancang..

Sesuatu yang dinamakan ketentuan Tuhan..

Deyy, brapa banyak sesuatu mau cerita??

Hehe..sorry.. 🙂

Sijil Kursus Pra Perkahwinan

Sijil Kursus Pra Perkahwinan

Itu je?

Laa….keccoh la lu minah! (Minah yang kecoh, bukan saya! hehe ^_^V peace no war..)

Chocolate Peanut Butter Balls…

Assalamualaikum…

Bila saya bosan atau susah hati, saya suka cari coklat..Biasanya, saya pergi kedai, beli, balik rumah, makan..Tapi hari tu, saya bercadang untuk mencuba satu resipi yang saya jumpa di Youtube..

CHOCOLATE PEANUT BUTTER BALLS…yeah!!

Hehe…saya memang hantu coklat..lagi-lagi kalau dapat dark chocolate with almond..yumm yumm!! Dah lama dah saya nak buat resipi ni, tapi baru hari ni saya dapat “sponsor” untuk beli bahan2..hehe..terima kasih Ibu~~ ^_^ (Baru la saya tahu, peanut butter tu mahal rupanya..)

OK…Let’s cooking!

I can say that this recipe is  pretty much easy..You don’t have to bake, or even use the mixer..Remember, wash your hands first ^_^

Step 1:

Add 2 cups of peanut butter, 1/2 cups of unsalted butter. Mix well.

dsc008131

You may use any variants of peanut butter but not those with jams and chocolate stripes..You don’t want yourself to get diabetes..

Step 2:

Add 1 cup of fine sugar. Mix until the sugar almost dissolve.

dsc00820

Step 3:

Add 1 cup of grounded cornflakes and 3 cups of grounded roasted nuts.

dsc00822

Any kinds of nuts will do..I used cashews..

Step 4:

Mix until it becomes a dough.

dsc00823

It is easier by using your hands to do so..The mixture is quite stiff..

Step 5:

Roll the mixture into 1 inch size. Put on a cookie sheet, Then, store it in the fridge for at least 30 minutes.

dsc00826

Step 6:

Melt butter and cooking chocolate by using double boiler. Dip the peanut butter balls in the  melted chocolate and put in cookie cups. Sprinkle with grounded nuts if desired.

dsc00827

Step 7:

Best if served chilled.

dsc00831

For those who like it mild, you can add no sugar at all but replace it with grounded nuts or cookie crumbles..

Bon appetite!

Salam Aidiladha

Salam…

Alhamdulillah…tahun ini, saya menyambut di kampung sebelah ibu saya..Pagi Aidiladha kami bermula dengan angin kencang dan hujan lebat..sangat lebat sampai nak bercakap pun kena jerit-jerit..

30 pagi..

6:30 pagi..tengok pokok kelapa tu..

9.00..waktu sembahyang hari raya..hujan masih lebat..

9.00 pagi..waktu sembahyang hari raya..hujan masih lebat..

10 pagi..angin dah berhenti tapi hujan semakin lebat..

10 pagi..angin dah berhenti tapi hujan semakin lebat..

Saya cuma guna camera handset 3.2MP je, jadi kualiti gambar saya kurang memuaskan..Mungkin saya kena beli D80 satu kot?Hehe…

Walaupun hujan, sambutan Hari Raya Haji kami tetap meriah..Mewah dengan makanan..Antara menu yang ada pada hari raya kali ini ialah:

1. Burasak (ini WAJIB ada..hari raya saya tak lengkap kalau tak ada burasak..)

Burasak ini makanan tradisi masyarakat Bugis..proses membuatnya bermula dengan beras dimasak dengan santan  sehingga separuh masak..kemudian dipadatkan dalam daun pisang sehingga berbentuk 4segi tepat tebal 1cm..kemudian diikat dan direbus selama 8 jam..Saya boleh makan 3 keping dalam satu masa sebab sedap dan tak tawar macam ketupat..

burasak..

sekadar contoh..ini gambar download..

2. Asam pedas ikan terubuk sardin..

Ini pun lauk special..It’s hard to find anywhere else in the world..kenapa? sebab ikan terubuk yang sangat la banyak tulang ni telah melalui satu proses di mana tulang tengahnya jadi lembut macam tulang sardin..kepalanya pun boleh dimakan tau..

3. Asam pedas ikan parang..

4. Ayam masak merah..

5. Sambal sotong..

6. Serunding udang kering..

7. Daging goreng tumbuk masak kicap..

8. Jeli kelapa muda sebagai pencuci mulut..

Hurmm..Ada lagi lauk-lauk sampingan yang dihantar oleh saudara -mara…Sampai tak larat nak makan dah..

Alhamdullillah, cuaca esoknya cerah dan kami mengadakan majlis korban untuk ahli keluarga..

lembu korban dah sampai...

lembu korban dah sampai...

ekor lembu..natural highlight..

ekor lembu..natural highlight..

kerja-kerja melapah daging korban..

kerja-kerja melapah daging korban..

Aidiladha kali ini juga amat bermakna bagi saya… Encik MRDF saya telah sudi membuatkan saya sebiji kek coklat! Waah..terharunya.. ^_^ Sungguh tak sangka..Hehe..terima kasih banyak-banyak…

nama kek ni Kek Coklat Jangan Nakal-Nakal..

nama kek ni Kek Coklat Jangan Nakal-Nakal..

My 5th slice...yumm~

My 5th slice...yumm~

Alhamdulillah…saya sangat-sangat bersyukur dengan rezeki yang melimpah-ruah pada Aidiladha tahun ini..Mudah-mudahan dipanjangkan umur untuk tahun-tahun akan datang..Amin..

Sama-sama kita doakan…

Salam…

3 hari lepas saya menerima kiriman sms dari Ucuhazel..

“Buat adik -beradik HAZEL sekalian, mak Uda (Udahazel) tgh operate dalam ICU di Hospital Sultanah Aminah JB kerana pendarahan otak..”

Ya ALLAH!! Jantung saya seperti berhenti berdegup sekejap…

Lama saya terdiam sebelum saya dapat membalas sms Ucu..Ucu membalas dengan informasi sangat sedikit..Terfikir untuk menghubungi Uda..Sekejap lagi la..Takut!!

Saya mula berfikir yang bukan-bukan..Hish..Na’uzubillahi minzalik!! Tak nak! Tak nak! Cukup la berita kepulangan bonda Achikhazel ke Rahmahtullah secara mengejut 5 hari sebelum Aidilfitri tahun lepas meruntun hati kami..Saya dah la lemah semangat..Dalam hati saya tak putus-putus berdoa semoga semuanya berjalan lancar..Bonda Uda kami dah anggap seperti bonda kami sendiri..

Keluarga Uda, keluarga kami juga..

Susah Uda, susah kami juga..

Esoknya, saya berbual dengan Aihazel tentang kondisi bonda Uda..Katanya, bonda Uda masih perlu menjalani satu lagi pembedahan otak.. ALLAH…!

Petang tadi..satu lagi kiriman sms dari Ucu saya terima..

“Salam..esok (Jumaat) mak Ude operate jam 9pg selama 6 jam. Keputusannya cuma 2, berjaya @ gagal..Sama2 kita doakan..Amin…”

Saya terdiam lagi.

Kosong.

SAMA-SAMA KITA DOAKAN….

Ucuhazel, Udahazel, Achikhazel, Aihazel & Angahazel..

Dari kiri: Ucuhazel, Udahazel, Achikhazel, Aihazel & Angahazel..

kompang-kompang..

Salam…

Sepanjang 5 bulan saya tak cerita-cerita, banyak jemputan perkahwinan yang saya terima terutama sekali selepas raya..Tapi, saya cuma 2 tempat je yang saya dapat datang…Kepada jemputan yang saya tak dapat penuhi, maaf banyak-banyak ye..Saya seorang insan yang lemah..(boleh terima ke alasan ni??)

Majlis pertama yang saya hadiri ialah perkahwinan salah seorang ♥HAZEL FAMILY♥, Muhaini Ihasan aka Ai. Let the pictures tell the story..

im wondering what are they looking at..

im wondering what are they looking at..

Ea, saya(selekehnyeee~~) dan pengantin biru..

Ea, saya(selekehnyeee~~) dan pengantin biru..

pic ni saya amik dari fotopages nadia..

pic ni saya amik dari fotopages nadia..

cubaan pengantin nak lari dari kena basuh periuk...tp tak berjaya.

cubaan pengantin nak lari dari kena basuh periuk...tp tak berjaya.

Majlis yang kedua, sepupu saya sendiri..Khzliyana Kamis aka Yana. Majlis berlangsung di Mersing, hari yang sama jemputan perkahwinan Mizarime Ghazali aka Mimie (sory la Mimie, kiter kena pegi Mersing laa..) These are the pictures..

menunggu pengantin lelaki tiba..

menunggu pengantin lelaki tiba..

Yana & Rozi

Yana & Rozi

saya yang tidak mengikut tema...

saya yang tidak mengikut tema...

Saya balik ke Batu Pahat pada hari yang sama kerana tiada transport. (Maaf ek Yana, aku x rewang apa pun..)

Selesai.

Seperti biasa, saya yang masih maintain single ni selalu dihujani dengan soalan-soalan pembunuh senyuman.

“Bila nak kahwin?”

Jadi, awal-awal lagi saya dah standby beberapa jawapan yang dirasakan sesuai..

1. “Hehe..insyaALLAH..bila sampai jodoh nanti kahwin la..”

2. “Nak sponsor ke? Boleh je..”

3. “Bila sampai seru.” (cliche sungguh…)

4. “Takpe lah..kiter bagi yang dah keje la kahwin dulu..kan?kan?”

5. “Yang ko nak sebok2 pehal?” (kalau dah tanya sampai 10 kali, rasanya ni la jawapan yang paling sesuai kan?)

Haha..tapi saya belum pernah guna yang no.5 tu lagi..teringin juga, tapi tak sampai hati la..hehe..

Siapa yang tak nak kahwin..semua orang nak. Saya pun tak terkecuali..tapi untuk ke arah itu, saya perlu mempersiapkan diri saya selengkap yang boleh..Sekurang-kurangnya, pada masa akan datang, saya boleh beri anak-anak saya (ecceh!) apa yang saya pernah dapat malahan lebih lagi..Untuk ke arah itu juga, saya sanggup korbankan niat saya nak beli Sony Ericsson XPERIA yang nilainya tak masuk akal tu semata-mata nak masukkan dalam bajet mak andam saya..(ecceeh lagi!) Untuk ke arah itu juga, saya sanggup buat apa saja asalkan saya grad dengan First Class Degree on time dengan harapan saya boleh bawa suami saya sekali untuk bulan madu di atas salji bila sambung master nanti..

Hurmmm…seronoknyaaaaaaa lalalala~~~

TENGOK?

Kan saya dah berangan.

Tak nak cerita pasal kahwin la.

Titik.