Arkib untuk Kategori Friend

Kompang-kompang 2

Posted in Friend, Life, Wedding on April 11, 2009 by elizsue

Salam…

Tahun ni ramai kawan-kawan saya yang “makan nasi minyak”.. Tapi, saya cuma dapat datang ke kenduri Hajar&Madey (majlis yang paling saya tunggu-tunggu) dan Elisa&Jammy..

Kita tengok gambar jom..

HAJAR & MADEY

Menikmati lauk pengantin..hehe!

Menikmati lauk pengantin..hehe!

jemput tengok..hehe..

jemput tengok..hehe..

the TIGSians...saya suka gambar ni..

the TIGSians...saya suka gambar ni..

hajar&mahdzir..the cake is delicious!

hajar&mahdzir..the cake is delicious!

ELISA & JAMMY

lovely brides in pink...

lovely brides in pink...

pengantin pink, saya dan Achikhazel...

pengantin pink, saya dan Achikhazel...

Tahniah buat Elisa dan Hajar…

Tahniah juga buat kawan baik saya, Mohd Zulkifli Bin Latif (Ajul/Zoey) dan isteri.. 5 April lepas, saya sempat ke majlis mereka walaupun tersesat sampai saya lupa nak ambil gambar..

Apa pun, Selamat Pengantin Baru buat mereka.. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, Amin.. :)

3 hari tersebut..

Posted in Diary, Friend, Life, Love, Travel on Mac 15, 2009 by elizsue

Salam….

Jumaat,6 Mac 09 – Pergi kolej hantar assignment lepas waktu sembahyang Jumaat dengan Hilal, Amy dan Ain..Assignment dah siap baru terasa lapar..Pergi makan..Lepas makan, rasa nak berjalan..

Tesco?  Taknak.

Jusco?  Boring.

Times Square?  Tak best.

Mines?  Jauh.

PD?  Ok set. Jom!

Dah la pergi sehelai sepinggang, serabai lak tu..5.30p.m, redah jem kat Sg. Besi..sampai PD pukul 7p.m. Sempat menikmati sunset yang indah..(apa kejadahnya anak dara di tepi pantai waktu maghrib?? to readers under 18,  jangan ikut perangai kami..) 7.30p.m, check-in kat Bayu Beach Resort..

11.30p.m, call Dato’ R, masih kat office, dah masuk malam kedua tak  balik rumah..suara serius je, sibuk agaknya..Buat senarai tuntutan masa untuk ganti masa-masa bermanja yang dah digunakan untuk kerja..Takut nak ganggu lama-lama, cakap sekejap je walaupun rindu..

Sabtu,7 Mac 09 – Bangun awal sebab nak jalan-jalan kat pantai..Amy bawak pergi pantai yang tak ramai orang dan sangat cantik..Snap pic mengalahkan profesional photographer..Posing mengalahkan supermodel..Seronok sampai tak ingat assignment berlambak kat hostel.. Sunburn sudah..

Sampai KL pukul 1.40, terus siap-siap nak pergi Pudu Ulu..masuk explorace intercollege, gantikan MDS yang dah selamat balik kampung..berpanas lagi, mandi budu, kunyah belacan, makan telur mentah, berhujan pulak menambah sengsara..menang no 3 sebab berjalan macam bersiar-siar di tepi pantai..

Malam keluar lagi, makan kat Esso..minum air buah gelas besar RM3..Sedap..Perut dah kenyang, mata dah “kukus”, balik rumah terus…Call Dato’ R, dah balik rumah..Dato’ R tunaikan tuntutan masa ganti semalam..Gaduh-gaduh sikit..Buat lawak bodoh pasal no plat motor Dato’ R..Dato’ R gelak jer, walaupun suara macam dah tak larat nak layan Mak Datinnya yang banyak kerenah ni..

8 March 09 – Ke Pudu Ulu lagi untuk membuang masa menadah telinga menongkat mata melihat junior-junior tergedik-gedik melontar suara memanggil hujan..Layankan je lah..Makan jambu 88 lagi nikmat..Lepas dapat hadiah, balik hostel..

Dato’ R call…dengan suara yang sangat tenang, Dato’ R beritahu motor kesayangannya diCURI 3 hari lepas bersamaan hari Khamis malam Jumaat..Dato’ R sengaja tak beritahu sebab tak mahu saya susah hati!

Terdiam.

Air mata je mencurah-curah..Patutlah saya rasa tak sedap hati..Ya ALLAH, betapa saya sangat pentingkan diri sendiri selama 3 hari tersebut..

Dato’ R, saya minta maaf banyak-banyak.. :(

Seketika di petang Jumaat..

Posted in Diary, Friend, Life on Februari 27, 2009 by elizsue

Salam…..

Fuhh fuhh…e’eh dah banyak dah sawang dalam page ni…Dah lamer sangat dah kena tinggal, sampai stat pun dah menurun..alaahai..

Minggu ni saya balik kampung..syoknyer..kalau nak diikutkan memang tak dapat nak balik sebab banyak sangat assignment yang kena siapkan..Tadi pun saya baru je emailkan 2 assignment kepada  Bush (bukan George Bush ye..)  untuk beliau tolong print dan hantarkan.. (Thanks Bush, u can keep my words..) Esok (Sabtu, 28 February) saya akan menghadiri majlis kenduri kahwin kawan saya, Hajar, yang juga salah seorang Geng Anak Belalang (sila rujuk Edisi Sekolah Menengah).. Walaupun Hajar yang akan kahwin, tapi saya yang rasa teruja dan tumpang gembira bila kisah cinta mereka selama 14 tahun berakhir dengan perkahwinan..Sweet sangat!!

Sebenarnyer, saya masih belum beli hadiah lagi untuk Hajar..apa nak beli ek? Mungkin malam ni saya akan ajak adik saya ke BP Mall mencari hadiah untuk Hajar..

…….

……

……

………

(senyap sunyi dengan background bunyi cengkerik)

OK. Saya ketandusan idea..Mungkin kerana dah lama tak menulis..Ye, menaip..Saya tahu tu..tapi saya rasa seperti tak sesuai kerana saya selalu menaip coding, menaip assignment dan juga menaip comment di facebook..Saya andaikan menulis yang saya maksudkan di sini seperti berkarya..walaupun isinya entah apa-apa…hehe..

Tak apa…saya anggap ini sebagai warm-up sebelum saya kembali menulis lebih banyak lagi..

Jumpa lagi ye..

Daa~

Sama-sama kita doakan…

Posted in Friend, Life, Love on Disember 4, 2008 by elizsue

Salam…

3 hari lepas saya menerima kiriman sms dari Ucuhazel..

“Buat adik -beradik HAZEL sekalian, mak Uda (Udahazel) tgh operate dalam ICU di Hospital Sultanah Aminah JB kerana pendarahan otak..”

Ya ALLAH!! Jantung saya seperti berhenti berdegup sekejap…

Lama saya terdiam sebelum saya dapat membalas sms Ucu..Ucu membalas dengan informasi sangat sedikit..Terfikir untuk menghubungi Uda..Sekejap lagi la..Takut!!

Saya mula berfikir yang bukan-bukan..Hish..Na’uzubillahi minzalik!! Tak nak! Tak nak! Cukup la berita kepulangan bonda Achikhazel ke Rahmahtullah secara mengejut 5 hari sebelum Aidilfitri tahun lepas meruntun hati kami..Saya dah la lemah semangat..Dalam hati saya tak putus-putus berdoa semoga semuanya berjalan lancar..Bonda Uda kami dah anggap seperti bonda kami sendiri..

Keluarga Uda, keluarga kami juga..

Susah Uda, susah kami juga..

Esoknya, saya berbual dengan Aihazel tentang kondisi bonda Uda..Katanya, bonda Uda masih perlu menjalani satu lagi pembedahan otak.. ALLAH…!

Petang tadi..satu lagi kiriman sms dari Ucu saya terima..

“Salam..esok (Jumaat) mak Ude operate jam 9pg selama 6 jam. Keputusannya cuma 2, berjaya @ gagal..Sama2 kita doakan..Amin…”

Saya terdiam lagi.

Kosong.

SAMA-SAMA KITA DOAKAN….

Ucuhazel, Udahazel, Achikhazel, Aihazel & Angahazel..

Dari kiri: Ucuhazel, Udahazel, Achikhazel, Aihazel & Angahazel..

kompang-kompang..

Posted in Family, Friend, Life, Love, Wedding on Disember 3, 2008 by elizsue

Salam…

Sepanjang 5 bulan saya tak cerita-cerita, banyak jemputan perkahwinan yang saya terima terutama sekali selepas raya..Tapi, saya cuma 2 tempat je yang saya dapat datang…Kepada jemputan yang saya tak dapat penuhi, maaf banyak-banyak ye..Saya seorang insan yang lemah..(boleh terima ke alasan ni??)

Majlis pertama yang saya hadiri ialah perkahwinan salah seorang ♥HAZEL FAMILY♥, Muhaini Ihasan aka Ai. Let the pictures tell the story..

im wondering what are they looking at..

im wondering what are they looking at..

Ea, saya(selekehnyeee~~) dan pengantin biru..

Ea, saya(selekehnyeee~~) dan pengantin biru..

pic ni saya amik dari fotopages nadia..

pic ni saya amik dari fotopages nadia..

cubaan pengantin nak lari dari kena basuh periuk...tp tak berjaya.

cubaan pengantin nak lari dari kena basuh periuk...tp tak berjaya.

Majlis yang kedua, sepupu saya sendiri..Khzliyana Kamis aka Yana. Majlis berlangsung di Mersing, hari yang sama jemputan perkahwinan Mizarime Ghazali aka Mimie (sory la Mimie, kiter kena pegi Mersing laa..) These are the pictures..

menunggu pengantin lelaki tiba..

menunggu pengantin lelaki tiba..

Yana & Rozi

Yana & Rozi

saya yang tidak mengikut tema...

saya yang tidak mengikut tema...

Saya balik ke Batu Pahat pada hari yang sama kerana tiada transport. (Maaf ek Yana, aku x rewang apa pun..)

Selesai.

Seperti biasa, saya yang masih maintain single ni selalu dihujani dengan soalan-soalan pembunuh senyuman.

“Bila nak kahwin?”

Jadi, awal-awal lagi saya dah standby beberapa jawapan yang dirasakan sesuai..

1. “Hehe..insyaALLAH..bila sampai jodoh nanti kahwin la..”

2. “Nak sponsor ke? Boleh je..”

3. “Bila sampai seru.” (cliche sungguh…)

4. “Takpe lah..kiter bagi yang dah keje la kahwin dulu..kan?kan?”

5. “Yang ko nak sebok2 pehal?” (kalau dah tanya sampai 10 kali, rasanya ni la jawapan yang paling sesuai kan?)

Haha..tapi saya belum pernah guna yang no.5 tu lagi..teringin juga, tapi tak sampai hati la..hehe..

Siapa yang tak nak kahwin..semua orang nak. Saya pun tak terkecuali..tapi untuk ke arah itu, saya perlu mempersiapkan diri saya selengkap yang boleh..Sekurang-kurangnya, pada masa akan datang, saya boleh beri anak-anak saya (ecceh!) apa yang saya pernah dapat malahan lebih lagi..Untuk ke arah itu juga, saya sanggup korbankan niat saya nak beli Sony Ericsson XPERIA yang nilainya tak masuk akal tu semata-mata nak masukkan dalam bajet mak andam saya..(ecceeh lagi!) Untuk ke arah itu juga, saya sanggup buat apa saja asalkan saya grad dengan First Class Degree on time dengan harapan saya boleh bawa suami saya sekali untuk bulan madu di atas salji bila sambung master nanti..

Hurmmm…seronoknyaaaaaaa lalalala~~~

TENGOK?

Kan saya dah berangan.

Tak nak cerita pasal kahwin la.

Titik.