Arkib untuk Kategori Diary

Bling bling!

Posted in Diary, Hobby on November 4, 2009 by elizsue

Salam….

24 Oktober 2009 —————-> 3 Januari 2010

Siapa boleh teka apa kaitan 2 tarikh di atas? Beritahu cepat.

Hari jadi saya? – Salah.

Tarikh hari jadi ibu & abah saya? – Salah jugak.

Haaa..haaa.. Jangan mengada-ngada nak teka itu tarikh kahwin saya ye…sangat tidak relevan…Teka lain!

Tarikh jiran sebelah pergi melawat rumah anak dia? – Hishhh…

Saya beritahu je lah… 2 tarikh tersebut adalah tempoh cuti semester saya kali ni.. 2 bulan lebih.. Lama nak mam– eh, tak baik cakap mampos..Oops! Sorry, terlepas… :D

Ramai yang tanya saya,

“Cuti panjang ni nak buat apa?”

Saya jawab,

“Macam-macam…tolong ibu, belajar masak, belajar jahit baju kurung sendiri, belajar tajwid, siapkan final project..”

TIPU.

Hakikatnya minggu pertama cuti saya di kampung penuh dengan aktiviti-aktiviti lagha.. :D Facebook – Youtube  - movie – Facebook – Youtube – movie – Facebook – Youtube – movie sepanjang hari.. Sampai la hari Jumaat lepas, notebook saya berkelakuan aneh.. (Dato’ R, kalau nak gelak, gelak dalam hati je ye..) saya tak pandai nak betulkan sendiri, jadi saya serahkan pada yang pakar je.. Hari pertama tak ada notebook, saya dah tak tahu nak buat apa. Dah la Dato’ R pergi Low Yat dengan kawan baik dia, lagi la saya buntu. Hurmm…nasib baik ada Ucuhazel.. Ucu ajak saya dan Achik join Program Kemahiran Kreatif anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Jom tengok apa yang kami buat..

DSC00224

sila abaikan mata saya yang sembab tu ye.. ^_^

DSC00227

apakah ini??

Kalau nak tahu, tu la set DIY accessories crystal Swarovski yang original..Kami bertiga berpeluang mengikuti bengkel membuat accessories daripada crystal Swarovski ni percuma je..kalau tak ada penaja, yuran seorang RM250!  Nasib baik free, kalau kena bayar, baik saya masuk kelas coklat Cik Eton, kan Eton kan?? ;)

DSC00232

Ucu & Achik in action. Tekunnya...

Dalam bengkel ni, kami diajar membuat rantai, gelang, cincin dan brooch yang mana semuanya daripada crystal Swarovski.. Mula-mula nampak macam senang, rupa-rupanya nak buat tu kena sangat teliti dan sabar. Kalau tak, tak cantik dan senang rosak.

DSC02010

Achik bangga dengan hasil kerja tangannya. Ucu muncung sebab tak siap-siap. Hehehe..

DSC02018

bangga la tu..

Setelah seharian bersungguh-sungguh menyiapkan accessories tersebut, akhirnya….

TADAAAAAAAAAA!!

DSC00239

ini hasil kerja tangan saya.. Blue Black..

DSC00240

hasil kerja tgn Ucu..cantik kan?

DSC00241

sweet....achik buat..

Geram sangat tengok beads yang cantik-cantik, saya beli sikit dan sambung buat di rumah. Dan ini hasilnya…

DSC02773

bling bling!!

Cantik kan? Nak saya buatkan? Boleh…RM 15.00 je satu. Cakap je nak warna apa, nanti saya buatkan. :)

Ok, sampai sini dulu. Jumpa lagi! ;)

Salam Aidilfitri… ^_^

Posted in Diary, Family, Life, Love, Uncategorized on September 28, 2009 by elizsue

Salam….

Maaf terlambat ye..dah 10 Syawal baru sempat nak keluar entri Hari Raya..

Sambutan hari raya saya tahun ini sederhana je..tak banyak keluar beraya sebab tahun ni, adik-beradik Abah sambut raya di Batu Pahat..jadi, selaku tuan rumah, kami tak dapat la nak keluar rumah sangat…

Walaupun sederhana, Aidilfitri tahun ni bermakna bagi saya..rasa lain sangat, kalau tahun lepas,  saya & Dato’ R tak ada ikatan apa-apa..tahun ni dah jadi tunang…harap-harap tahun depan dah boleh sambut bersama-sama..ecceh!!

Ok la tu! ;)

Sempena Hari Raya yang mulia ni, saya ingin memohon maaf andaikata ada salah silap saya dengan semua tak kira sama ada sengaja atau tidak..mudah-mudahan kita semua memdapat berkat dan rahmat dari ALLAH SWT di Aidilfitri ini..Amin~

Selamat Hari Raya Aidilfitri ^_^

Selamat Hari Raya Aidilfitri ^_^

p/s 1: saya tak puas hati dengan gambar ni sebab dapat enterframe sikit je..malangnya, ini je la gambar yang sempat snap..

p/s 2: saya sambut RAYA hari-hari!!! ^_^

Gelabah biawak

Posted in Diary, Life on September 9, 2009 by elizsue

Salam…

17 Ramadhan..Hari itu saya bangun sahur pukul 4.30a.m.. Masih di Klang lagi, rumah abang saya.. Turun bawah tengok ada Dato’ R tidur tak bertilam.. La, dah bentangkan tilam kenapa tidur atas karpet? Kejutkan Dato’ bangun, tapi macam tak berkesan je.. Pegi dapur, tolong kakak ipar saya sediakan menu sahur.. Menu sahur hari ni : spaghetti chicken carbonara with mushroom, maggi goreng, nasi lemak, dan kek batik.. Dah macam buka puasa, cuma bezanya majoriti ramai yang tak gosok gigi.. Hehehe!

Lepas sahur, menyakat Dato’ R sekejap sebelum mandi dan bersiap nak balik Cheras dengan Dato’ R..masa dalam kereta rasa mengantuk sangat tapi paksa rela gagahkan diri supaya tak tidur..terbayang-bayang katil kat hostel..siap dah niat dalam hati, “sampai hostel nak tidur kejap la..”

Pukul 7 a.m. sampai hostel..

Sekiaaan…habis cerita.

….

OK, cerita di atas tiada kaitan langsung dengan tajuk entri kali ni.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Ini baru cerita yang sebenar.

Kisah bermula selepas tamat kelas System Security 350CT..(kod subjek pun nak letak ke??) Tengah kemas-kemas pencil case, tiba-tiba saya terpandang jari manis saya yang memang manis seperti orangnya..

“HAH!!! Oo SH*T!!!!”

Saya terus bangun, “scan” lantai sampai ke belakang kelas..Tak jumpa..Panik!!!

“Aduuuu…mana pulak ni…!”

Tangan dah mula menggigil. Saya rasa macam nak pitam.

“Ni ape hal pulak ni?”

Seorang classmate saya tanya..Pelik kot tengok saya macam kucing hilang anak..

“Cincin tunang aku…, b*d*h!”

Saya dah hilang kawalan..Sesak nafas..!

“Cincin tunang aku b*d*h?”

Sempat dia pulak nak buat lawak..tapi tak menjadi. INI SERIUS, OK!!

Saya bongkar beg sekolah saya… TAK ADA!! Saya cari lagi dari depan sampai belakang kelas..TAK ADA!!

“Ya ALLAH….mati lah aku macam ni…”

Saya dah tak boleh berfikir dah masa ni.. Kawan-kawan tanya pun entah apa yang saya jawab.. Gelabah, panik, takut, risau..argghhhhhh!!!!! Otak dah jammed! Jammed! Mula berfikir yang bukan-bukan..Petanda tak baik ke ni? Aaaa….taknak taknak!!! Sedih terus….

“Mana cincin……..huk huk..” :(

.

.

.

Banjir..

.

.

.

.

Dipendekkan cerita, dengan bantuan Amy, Udin dan lecturer saya, Sir Sufyian, cincin halus bersaiz 8 1/2 itu berjaya ditemui di bilik saya di asrama…Terima kasih banyak-banyak…

Ye..begitulah seorang Eliza Suraiya..Sudah la cuai, gelabah biawak pula…haiihhhh!!

the ring...

the ring...

Macam biskut!

Posted in Diary, Life, Study on Julai 31, 2009 by elizsue

Salam…

Sekejap ada, sekejap tak ada! Macam tu la entri saya kan? Jarang-jarang. Kalau ada pun, entah apa-apa je..

Nak kata sibuk sangat, belum lagi walaupun saya dah melepasi minggu ke-3 kuliah. Result exam? Err….hehehh…ok, saya share, tapi sukacita diingatkan, saya cuma mahu berkongsi..harap-harap tak fikir yang negatif la ye..

just wanna share..

just wanna share..

Saya lulus semua!! Alhamdulillah…syukur tak terkata.. ^_^

Average mark dapat 2nd Upper Class..(Advance Programming lulus cukup makan..phew!) CGPA? Tiada. Pelik kan? Sistem permarkahan Conventry guna Average Mark di mana 70 markah ke atas dikira First Class..Koordinator saya kata, saya masih ada peluang untuk dapat First Class tapi saya kena pulun. PULUN?????? Erk.. (+_+’)

Final year = Final Year Project (fyp)

Jadi, pelaburan pertama saya untuk fyp ialah..

p1 wimax

p1 wimax

Beli sebab dah terdesak sangat nak guna internet. Baru guna seminggu. So far, sangat puas hati sebab laju dan boleh access internet full speed kat Klang yang katanya tak termasuk dalam coverage area P1 wimax ni..cuma lepas ni saya MESTI berjimat cermat..no more shopping benda-benda yang tak perlu..

Pelaburan kedua, mobile device..insyaALLAH kalau panel approve tajuk fyp saya, saya mesti dapatkan satu PDA yang murah-murah…2nd hand pun boleh asalkan well-functioned..Sesiapa yang ada cadangan brand n model PDA yang bagus, sudi-sudi la beritahu saya ye (tinggalkan suggestion anda di bahagian komen..tq!)..

Mengantuk la…

.

.

.

.

Zzzzzzzzzzzzzzz… (-_-)

A hectic week…

Posted in Diary, Life on Mei 17, 2009 by elizsue

Salam…

Lama kan saya tak tulis-tulis? Maaf la, sibuk dengan exam…Penatnya, Ya ALLAH…tak tau nak cakap…

Lagi seminggu nak exam, saya masih dibebani dengan:

  1. 2 system documentation
  2. 1 report testing
  3. 1 report software engineering
  4. 2 assignments
  5. 10 lab exercises
  6. viva for system project
  7. oral test for french

Saya rasa macam tak nak tidur sepanjang minggu dan nak ada 4 tangan supaya boleh buat 2 kerja serentak.. ( Saya rasa je, bukan mintak betul-betul..hehehe…) Kerana 7 perkara di atas, hidup saya dah tak rupa macam orang..

Since the exam-focused week has been fully spent for the all the documentations and assignments, so we had only 24hours preparation for Advance Programming paper!!! Panic Zone?? Hehehe… Here’s how we’re looked like that night..

tsunami advanced programming..

tsunami advanced programming..

ini bukan rumah anak dara...hehehe...

ini bukan rumah anak dara...hehehe...

Alhamdulillah..we managed to stay calm and focus..Instead of study on our own, we did an “express class” where everyone must choose a topic to teach the others.. i picked Sorting Techniques Algorithm which i didn’t really understand at all.. We don’t have any white board so this is how we did it…

from left: Bubble Sort, Insertion Sort & Selection Sort

from left: Bubble Sort, Insertion Sort & Selection Sort

It was quite challenging but indeed a very interesting experience i’ve never had.. The best thing is when people can easily understand what i was mumbling about in front of them for almost than 1 hour at 5 in the morning.. Alhamdulillah.. It was a lesson for me for keep delaying my work till last minute (well, most Malaysian do), however I also realized that i performed better when I’m stressed.. (I can understand those 6 sorting techniques within 2 hours before I can explain to the others! Senang je rupanya…hehehe..)

I reward myself  with cleaning the house…

ini baru rumah anak dara...hehee.. ^_^

ini baru rumah anak dara...hehee.. ^_^

and this one!!!

Be Delicious for me...yeay!

Be Delicious for me...yeay!

O ya..HAPPY TEACHERS DAY to all teachers…You are great!!