Salam…
Taking a deep breath……..
Releasing a heavy sigh……
OK. I’m not gonna write about my anxiety on uncertain things like my exam result and all my academic issues ..
I just have to be prepared and pray for the best..
Enough said..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hahaha…
Nampak tak wedding ticker saya kat atas tu? Tinggal 31 hari je lagi..Approximately 4 weeks.. Alhamdulillah..preparations went smoothly so far.. Dalam tempoh kurang 3 bulan, kami sekeluarga kelam-kabut buat persiapan..Dalam kesibukan saya dengan final year project dan urusan-urusan akademik yang lain, dapat juga curi-curi masa berulang-alik Johor – KL.. Penat, tapi redah je la…
Memang pening kalau dalam kepala dah setting siap berangan lepas habis belajar nak pergi vacation kat pulau atau kat tepi pantai, tiba-tiba orang sekeliling suruh kahwin… Hallamak…Macam-macam soalan ada dalam kepala saya..
“Mana nak cari duit ni??”
“Macam mana nak buat??”
“Dah ready ke nak jadi isteri orang??”
“Dari mana nak mula preparation ni??”
Mula la menggelabah tanya pendapat semua orang kan..Parent saya tiada halangan, adik-beradik lagi la kan.. Maka, mesyuarat keluarga pun diadakan…Semua sibuk dah buat checklist, nak cat rumah, booking caterer..pendek kata, segala macam tok nenek perkara yang berkaitan dengan kenduri kahwin dibincangkan… Saya?? Blur… hehehe..
Hasil dari mesyuarat kilat tu, saya cuma perlu arrange 3 perkara je iaitu:
- Mak Andam – family dah letak syarat mak andam MESTI PEREMPUAN TULEN..separuh-separuh ni abang sulung saya tak bagi..
- Official Photographer (OP) – Dato’ R kata, tak payah ada photographer..Hepp!! Mana boleh! Tak kira, saya nak jugak…
- Kad Jemputan – ni pun family dah tentukan design kad yang nak ditempah..maximum harga RM1/keping, jadi saya kena pandai-pandai cari..
Tugas dah dapat, jadi langkah pertama saya ialah pilih warna tema.. Pening kepala saya pilih warna tema.. bukan tak berkenan, tapi dah rambang mata..hehehe… Finally, saya jumpa satu website yang amat-amat la membantu saya dalam memilih warna tema… The Perfect Palette. Dalam banyak-banyak warna tu, saya pilih ini..
Sebelum ni, saya namakan warna ni sebagai mangosteen purple..rupanya nama die plum..hehehe…mana-mana je lah…
Cantiknya kalau pakai baju putih yang sangat simple dengan peeptoe heels yang begini…(Ok, saya dah mula berangan…)
Begitulah lebih kurang warnanya..
Tak cantik?? Eh, mata saya tengok cantik je…lagipun, saya yang nak kahwin kan???
Hehe…jangan terasa ye…ini adalah jawapan yang saya harapkan boleh terkeluar dari mulut saya bila ada makcik-makcik busybody yang kata warna ni gelap la, tak sesuai la, tak cantik la, apa la…hurmmm…tapi, kita kan mesti hormat orang tua..jadi selalunya jawapan-jawapan sebegini saya telan balik je..anggap je la mereka sebagai manusia yang sangat prihatin…hehehe..ayat cover..
Bersambung….jeng jeng jeng..
nota kaki 1: kalau kite tengok cerita kat tv, selalunya jalan cerita tengah sedap tiba-tiba je bersambung….kan?
nota kaki 2: entri ini adalah hasil pengaruh drama tv..hehe..
nota kaki 3: penulis perasan syok sendiri, macam lah sedap sangat cerita dalam entri kali ni…


