Salam..
Jam menunjukkan 12.53 tengah malam..
Biasanya waktu begini saya dah lena diulit intan…Tapi malam ni luar biasa kerana saya masih belum mahu tidur, walaupun mata dah mula berair mengantuk.. Hati berkobar-kobar nak update blog malam ni tentang………..
Kaf. Alif. Ha. Wau. Ya. Nun. (masa zaman saya sekolah agama dulu, ejaannya Kaf. Ha. Wau. Ya. Nun ye kawan-kawan..)
Oh, tak pandai jawi? Ok, saya eja sekali lagi..
K. A. H. W. I. N.
Dalam entri lepas, saya ada beritahu yang 86 hari lagi, saya akan kahwin (hari ni dah tinggal 74 hari..oh tidak!!! cepatnya masa berlalu!! gelabah gelabah!!).. Mungkin ramai yang tak menyangka, dalam sibuk-sibuk saya nak siapkan final project dan persediaan untuk final exam, boleh pulak saya nak kahwin.. Hehe.. jangan kata orang lain, saya sendiri rasa macam tak percaya.. Semuanya berlaku sekelip mata tanpa dirancang.. Dari gurauan menjadi kenyataan.. plan asal saya nak buat hujung tahun, nak kumpul duit dulu, nak sambut raya puas-puas dengan keluarga dulu.. Tapi, takdir dah menentukan jodoh saya datang pada waktu terdekat ini.. Jadi, saya terima seadanya.. Alhamdulillah..
Selepas sesi perbincangan kedua-dua belah pihak selesai (yang mana sesi tersebut akhirnya bertukar kepada sesi makan besar..hehehe..), maka mereka bersetuju untuk menyatukan kami berdua pada hari Sabtu, 26 Jun 2010 bersamaan 13 Rejab 1431H, insyaALLAH.. seminggu selepas cuti sekolah..
Dan bermulalah episod serabut kepala…
Alaaahai…mata dah tak mampu bertahan…to be continued in next entry k?
Nite nite all…