Salam…
Lecturer saya, Sir Erwandi tag semua orang yang baca tag ni. Jadi saya kena buat la kan..? (sebenarnya memang saja-saja nak buang masa layan tag)
1) Bekas kekasih saya
- dah jadi kawan baik saya.. ^_^
2) Saya sedang mendengar
– Lagu tema cerita Nur Kasih dan bunyi war game dari bilik abang saya..
3) Mungkin saya patut
– berhenti buang masa dan fikirkan tajuk final year project saya..hari Isnin ni kena submit tajuk..
4) Saya suka
– bertangguh…macam mana nak hilangkan bad habit ni ek?
5) Sahabat-sahabat saya
– tak ramai tapi sentiasa ada dengan saya. Thank u all.. ^_^
6) Saya tak faham
– kenapa student suka beli handset baru bila dapat duit loan..
7) Saya kehilangan
– 4 tahun yang berharga dalam hidup saya..
8 ) Ramai yang berkata
– “Kak Eliz…dah susut la..makan apa?” Hehehehhh…ada la!
9) Cinta itu adalah
– abstrak. Tiada definisi tetap.
10) Di suatu tempat, seseorang sedang
– berdukacita…Kepada yang berkenaan, saya sudi “meminjamkan” bahu.. ^_^
11) Saya akan cuba
– beri yang terbaik untuk semua orang yang saya sayang..
12) Perkataan SELAMANYA membawa maksud
– sampai bila-bila…
13) Telefon bimbit saya
– Nokia 3310 (saya bangga dengan handset ni..) dan Sony Ericsson K800i
14) Bila saya terjaga
– saya akan tengok jam..kalau sempat, saya snooze lagi..
15) Saya paling meluat
– …entah. Saya tak ambil kesah sangat perkara yang saya tak suka.
16) Pesta/parti adalah
– bukan pilihan saya..
17) Haiwan yang paling comel pernah saya temui
– Kengkang..kucing saya. Dah mati dah.
18) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah
– 26 tahun 11 bulan hingga sekarang. Saya akan ingat sampai bila-bila..
19) Hari ini
– saya langgar diet saya lagi…
20) Malam ini saya akan
– packing barang untuk balik KL esok…
21) Esok pula saya akan
– balik KL dengan Dato’ R..
22) Saya betul-betul inginkan
- keluarga yang bahagia dan masa depan yang cerah..Amin.
23) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini
– berfikir..macam mana nak hilangkan double chin ni ek?
24) Pusat membeli-belah atau arked permainan
- pusat membeli-belah..tapi saya nak pergi pantai
25) Makanan Barat atau Jepun?
– Barat…sekali sekala boleh la..
26) Bilik yang terang atau gelap?
– tak gelap sangat, tak terang sangat..
27) Makanan segera adalah
– bukan makanan kegemaran saya.
28) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang
- “Online jap boleh? Nak bagi link kat b ni..”
29) Siapa yang anda ingin tag:
- semua orang..
RSS - Posts