Salam….
Jumaat,6 Mac 09 – Pergi kolej hantar assignment lepas waktu sembahyang Jumaat dengan Hilal, Amy dan Ain..Assignment dah siap baru terasa lapar..Pergi makan..Lepas makan, rasa nak berjalan..
Tesco? Taknak.
Jusco? Boring.
Times Square? Tak best.
Mines? Jauh.
PD? Ok set. Jom!
Dah la pergi sehelai sepinggang, serabai lak tu..5.30p.m, redah jem kat Sg. Besi..sampai PD pukul 7p.m. Sempat menikmati sunset yang indah..(apa kejadahnya anak dara di tepi pantai waktu maghrib?? to readers under 18, jangan ikut perangai kami..) 7.30p.m, check-in kat Bayu Beach Resort..
11.30p.m, call Dato’ R, masih kat office, dah masuk malam kedua tak balik rumah..suara serius je, sibuk agaknya..Buat senarai tuntutan masa untuk ganti masa-masa bermanja yang dah digunakan untuk kerja..Takut nak ganggu lama-lama, cakap sekejap je walaupun rindu..
Sabtu,7 Mac 09 – Bangun awal sebab nak jalan-jalan kat pantai..Amy bawak pergi pantai yang tak ramai orang dan sangat cantik..Snap pic mengalahkan profesional photographer..Posing mengalahkan supermodel..Seronok sampai tak ingat assignment berlambak kat hostel.. Sunburn sudah..
Sampai KL pukul 1.40, terus siap-siap nak pergi Pudu Ulu..masuk explorace intercollege, gantikan MDS yang dah selamat balik kampung..berpanas lagi, mandi budu, kunyah belacan, makan telur mentah, berhujan pulak menambah sengsara..menang no 3 sebab berjalan macam bersiar-siar di tepi pantai..
Malam keluar lagi, makan kat Esso..minum air buah gelas besar RM3..Sedap..Perut dah kenyang, mata dah “kukus”, balik rumah terus…Call Dato’ R, dah balik rumah..Dato’ R tunaikan tuntutan masa ganti semalam..Gaduh-gaduh sikit..Buat lawak bodoh pasal no plat motor Dato’ R..Dato’ R gelak jer, walaupun suara macam dah tak larat nak layan Mak Datinnya yang banyak kerenah ni..
8 March 09 – Ke Pudu Ulu lagi untuk membuang masa menadah telinga menongkat mata melihat junior-junior tergedik-gedik melontar suara memanggil hujan..Layankan je lah..Makan jambu 88 lagi nikmat..Lepas dapat hadiah, balik hostel..
Dato’ R call…dengan suara yang sangat tenang, Dato’ R beritahu motor kesayangannya diCURI 3 hari lepas bersamaan hari Khamis malam Jumaat..Dato’ R sengaja tak beritahu sebab tak mahu saya susah hati!
Terdiam.
Air mata je mencurah-curah..Patutlah saya rasa tak sedap hati..Ya ALLAH, betapa saya sangat pentingkan diri sendiri selama 3 hari tersebut..
Dato’ R, saya minta maaf banyak-banyak..
RSS - Posts
Posted by ciketon on Mac 15, 2009 at 8:41 pm
harap dato’ R bersabar diatas dugaan ini..
Posted by elizsue on Mac 15, 2009 at 10:21 pm
terima kasih…
tapi dier tenang jer..owg lak yg sakan nangis..
tak sempat nak merasa bonceng motor tu.. T_T
(kami dah setuju xnak naik motor berdua selagi belum sah)
Posted by Erwandi on Mac 17, 2009 at 10:44 am
sabo la ye dato’ R. anyway saya ada kat tmn pudu ulu on that day. saya nampak u all. cuma malas nak kaco. cuma sy jumpa khaikal ajer.
Posted by elizsue on Mac 17, 2009 at 11:05 am
tq for visiting, Sir Erwandi..
laa yer ker..khaikal pun tak ade ckp pun kat kitowg..
sir buat aper kat situ..? tak join main tarik tali ker…hehehe…