Salam…..
Fuhh fuhh…e’eh dah banyak dah sawang dalam page ni…Dah lamer sangat dah kena tinggal, sampai stat pun dah menurun..alaahai..
Minggu ni saya balik kampung..syoknyer..kalau nak diikutkan memang tak dapat nak balik sebab banyak sangat assignment yang kena siapkan..Tadi pun saya baru je emailkan 2 assignment kepada Bush (bukan George Bush ye..) untuk beliau tolong print dan hantarkan.. (Thanks Bush, u can keep my words..) Esok (Sabtu, 28 February) saya akan menghadiri majlis kenduri kahwin kawan saya, Hajar, yang juga salah seorang Geng Anak Belalang (sila rujuk Edisi Sekolah Menengah).. Walaupun Hajar yang akan kahwin, tapi saya yang rasa teruja dan tumpang gembira bila kisah cinta mereka selama 14 tahun berakhir dengan perkahwinan..Sweet sangat!!
Sebenarnyer, saya masih belum beli hadiah lagi untuk Hajar..apa nak beli ek? Mungkin malam ni saya akan ajak adik saya ke BP Mall mencari hadiah untuk Hajar..
…….
……
……
………
(senyap sunyi dengan background bunyi cengkerik)
OK. Saya ketandusan idea..Mungkin kerana dah lama tak menulis..Ye, menaip..Saya tahu tu..tapi saya rasa seperti tak sesuai kerana saya selalu menaip coding, menaip assignment dan juga menaip comment di facebook..Saya andaikan menulis yang saya maksudkan di sini seperti berkarya..walaupun isinya entah apa-apa…hehe..
Tak apa…saya anggap ini sebagai warm-up sebelum saya kembali menulis lebih banyak lagi..
Jumpa lagi ye..
Daa~
RSS - Posts