Assalamualaikum w.b.t…
Esok saya akan pulang ke kolej..(Iyeee, kat Kolumpo..)
KL.. Arghh..menyebutnya saja sudah buat saya lemah..Lemah dengan suasana bising dan penuh dengan manusia..Saya akui, saya memang tak selesa tinggal di KL..Tapi, kerana tuntutan tanggungjawab dan cita-cita, saya sanggup ketepikan semua rasa yg saya tanggung sekarang ni..
“Sabar la hati..sekejap jer..”
“Ala..KL jer, bukan Zimbabwe pun..hujung minggu kan boleh balik lagi..”
“Tak baik buat perangai, orang lain susah nak dapat peluang macam ni..Bersyukurlah..”
“Satu subjek jer yang susah kan? Yang lain boleh buat kan? So, jangan la complicated kan keadaan…”
“Kalau hati lembik macam ni, macam mana nak further oversea nanti??”
“Tak semua perkara yang kita suka, baik untuk kita…Dan tak semua perkara yang kita tak suka, tak baik untuk kita..”
“Utamakan perkara yang lebih baik dari yang baik..”
“Hadiahkan scroll tu untuk Ibu ngan Abah..”
Macam-macam ayat saya guna untuk lawan homesick blues saya..Ada yang dengar kat tv, ada yang ambil dari nasihat orang, yang reka sendiri pun ada..Ulang-ulang banyak kali dalam hati..
Alhamdulillah…saya bersyukur sangat-sangat, kerana pada waktu ini, ketika saya rasa kurang bersemangat, saya menyedari yang saya sebenarnya dikelilingi oleh rakan-rakan yang menyokong saya..serta ahli-ahli keluarga yang sanggup menempuh perjalanan jauh dan traffic jam untuk menjenguk saya yang terselit di tengah-tengah KL..
Terima kasih yang tidak terhingga..Saya sayang anda semua!! (Macam artis bagi ucapan kat konsert lak..Perasan!)
Mulai minggu depan, saya cuma ada lebih kurang 12 minggu sebelum Exam-focused Classes..Ini bermakna, dalam tempoh tersebut, agenda saya ialah:
1. Revise syllibus untuk setahun bagi 4 subjek major..
2. Siapkan 5 system..(nasib baik by group)..
3. Organize 1 event..(some kind like Explorace..paperwork pun x siap lagi ni..mati la saya..)..
4. Banyakkan latihan Advance Programming..(I have no basic in Java..Sebab tu saya rasa sangat terkapai-kapai ku kelemasan..Arghh..it’s killing me softly..)
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11. Main “pondok-pondok” dengan Hazel Family..
12. Menonton PGLM 2 di Istana Budaya pada Februari nanti..
Oleh itu, kemungkinan untuk saya berblog selalu adalah sangat tipis..Tambahan lagi, hostel saya tiada kemudahan WiFi..Hurmm..seems like i’m gonna miss this hobby..(Psst…Doakan elaun saya masuk cepat, saya nak subscribe P1 Wimax dan beli backpack INCASE itu!)
Kenapa no. 5 – no. 10 kosong? Sebab kesepuluhan utama saya ialah untuk study..(macam bola lak..1st eleven) Jadi, sekiranya selepas ini ada perkara berbangkit tentang study, saya akan selitkan di situ..
Oh ye, untuk pengetahuan semua, sistem pengajian saya seperti SPM..Exam setahun sekali..Apa yang saya senaraikan di atas sebenarnya adalah carry forward tasks semester lepas..Tasks untuk semester ini masih belum dapat, jadi senarai tersebut mungkin akan bertambah lagi..Adoiyai..!
Walaupun begitu, saya tidak mahu menganggapnya sebagai beban..Saya mahu menikmati hidup mendalami ilmu sepuas-puasnya..Seboleh-bolehnya saya mahu menjadikan cabaran belajar ini sebagai satu pengalaman paling menyeronokkan..
Supaya satu hari nanti, saya ada sesuatu yang boleh dikongsi dengan anak-anak saya..
Supaya satu hari nanti, saya boleh menginspirasi bakal pelajar-pelajar saya jika nanti mereka merasai apa yang saya rasa sekarang..(belum apa-apa dah berangan…tak malunya..hehe..)
Supaya satu hari nanti, saya tidak malu mengaku bahawa saya bekas pelajar dismiss..
InsyaALLAH…Doakan kejayaan saya ye..Terima kasih
DOA KEBERKATAN ILMU
Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah aku berlindung dengan Mu daripada ilmu yang tidak diamalkan,
Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk kemegahan.
Tuhan… Ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan. Jangan pula kehidupan orang lain tersuluh tapi kehidupanku gelap,
Di akhirat kelak menjadi hujah & saksi mengapa aku tidak amalkan.
Ya Allah aku memohon kepada-Mu betambah amalku,
Jangan sampai usahaku orang lain selamat & aku tidak,
Ya Allah aku berlindung dengan Mu daripada ilmu yang tidak diamalkan,
Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk kemegahan
Tuhan… Ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan,
Jangan pula kehidupan orang lain tersuluh tapi kehidupanku gelap,
Di akhirat kelak menjadi hujah & saksi mengapa aku tidak amalkan,
Ya Allah aku memohon kepada-Mu betambah amalku,
Jangan sampai usahaku orang lain selamat & aku tidak,
Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk mujahadah
Serta membantuku untuk beribadah & bertaqwa
Ya Allah aku berlindung dengan-Mu jangan sampai ilmuku melaknatku
Semula kerana bermegah-megah & tidak amalkan,
Jadikanlah aku bertambah-tambah ilmu bertambah dekat dengan-Mu,
Bertambah ilmu bertambah ibadah & amalan,
Tuhan jadikanlah ilmuku boleh memimpin diri & orang lain,
Boleh menyuluh hatiku & menyuluh hati orang lain,
Seterusnya jadikanlah ilmu itu sentiasa memberi manfaat & syafaat
Amin Ya Rabbal Alamin..