Siapa nak ikut? Jom!

Posted in Interest, Music, Study on November 6, 2009 by elizsue

Salam…

Semalam sangat memenatkan otak… Sehari suntuk saya study CakeSMS Server untuk final project saya… Banyak yang saya explore, and it’s worth every single minute I’ve spent on it.. Tapi, banyak lagi yang saya belum cover, dan tutorial dia pun saya belum habis buat lagi.. insyaALLAH, bila saya dah faham nanti saya cerita ye..

Oleh sebab dah penat sangat, saya tutup buku, tutup semua window yang berkaitan. Yang tinggal cuma Facebook, YM dan Youtube je… mari bersantai!!! Yeay!!

Surfing.. surfing.. surfing…

Streaming.. streaming.. streaming…

Chit chat.. chit chat.. chit chat…

Lalalalalala… suka hati…

And I came across this website…

gemazafana

Gema Zafana bergema lagi di Istana Budaya!!!

Tak sabarnya nak pergi… Saya minat sangat  zapin.. Walaupun tak pandai berzapin, tapi saya suka tengok especially zapin kanak-kanak… Comel, tapi berbakat… Seronok je tengok.. Gema Zafana ni dijadualkan 26-29 Disember 2009 akan datang.. Saya nak pergi la..

Siapa nak ikut? Jom!

Facebook jahat!

Posted in Uncategorized on November 5, 2009 by elizsue

Salam…

Facebook jahat. Suka sabotaj saya.

Tengok ni..

gemok

PALING GEMOK????!!!!

Jahat kan? Dulu cakap saya Jawa Totok..kali ni cakap saya gemuk lak.. PALING GEMUK tu yang tak tahan tu..

Eeeee…. tak nak main facebook lagi la lepas ni… :(  (Hurmmm…jangan percaya..)

Bling bling!

Posted in Diary, Hobby on November 4, 2009 by elizsue

Salam….

24 Oktober 2009 —————-> 3 Januari 2010

Siapa boleh teka apa kaitan 2 tarikh di atas? Beritahu cepat.

Hari jadi saya? – Salah.

Tarikh hari jadi ibu & abah saya? – Salah jugak.

Haaa..haaa.. Jangan mengada-ngada nak teka itu tarikh kahwin saya ye…sangat tidak relevan…Teka lain!

Tarikh jiran sebelah pergi melawat rumah anak dia? – Hishhh…

Saya beritahu je lah… 2 tarikh tersebut adalah tempoh cuti semester saya kali ni.. 2 bulan lebih.. Lama nak mam– eh, tak baik cakap mampos..Oops! Sorry, terlepas… :D

Ramai yang tanya saya,

“Cuti panjang ni nak buat apa?”

Saya jawab,

“Macam-macam…tolong ibu, belajar masak, belajar jahit baju kurung sendiri, belajar tajwid, siapkan final project..”

TIPU.

Hakikatnya minggu pertama cuti saya di kampung penuh dengan aktiviti-aktiviti lagha.. :D Facebook – Youtube  - movie – Facebook – Youtube – movie – Facebook – Youtube – movie sepanjang hari.. Sampai la hari Jumaat lepas, notebook saya berkelakuan aneh.. (Dato’ R, kalau nak gelak, gelak dalam hati je ye..) saya tak pandai nak betulkan sendiri, jadi saya serahkan pada yang pakar je.. Hari pertama tak ada notebook, saya dah tak tahu nak buat apa. Dah la Dato’ R pergi Low Yat dengan kawan baik dia, lagi la saya buntu. Hurmm…nasib baik ada Ucuhazel.. Ucu ajak saya dan Achik join Program Kemahiran Kreatif anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Jom tengok apa yang kami buat..

DSC00224

sila abaikan mata saya yang sembab tu ye.. ^_^

DSC00227

apakah ini??

Kalau nak tahu, tu la set DIY accessories crystal Swarovski yang original..Kami bertiga berpeluang mengikuti bengkel membuat accessories daripada crystal Swarovski ni percuma je..kalau tak ada penaja, yuran seorang RM250!  Nasib baik free, kalau kena bayar, baik saya masuk kelas coklat Cik Eton, kan Eton kan?? ;)

DSC00232

Ucu & Achik in action. Tekunnya...

Dalam bengkel ni, kami diajar membuat rantai, gelang, cincin dan brooch yang mana semuanya daripada crystal Swarovski.. Mula-mula nampak macam senang, rupa-rupanya nak buat tu kena sangat teliti dan sabar. Kalau tak, tak cantik dan senang rosak.

DSC02010

Achik bangga dengan hasil kerja tangannya. Ucu muncung sebab tak siap-siap. Hehehe..

DSC02018

bangga la tu..

Setelah seharian bersungguh-sungguh menyiapkan accessories tersebut, akhirnya….

TADAAAAAAAAAA!!

DSC00239

ini hasil kerja tangan saya.. Blue Black..

DSC00240

hasil kerja tgn Ucu..cantik kan?

DSC00241

sweet....achik buat..

Geram sangat tengok beads yang cantik-cantik, saya beli sikit dan sambung buat di rumah. Dan ini hasilnya…

DSC02773

bling bling!!

Cantik kan? Nak saya buatkan? Boleh…RM 15.00 je satu. Cakap je nak warna apa, nanti saya buatkan. :)

Ok, sampai sini dulu. Jumpa lagi! ;)

Wayang kulit kontemporari

Posted in Favourites, Music on Oktober 9, 2009 by elizsue

Salam….

Bosan la..

Aktiviti saya selepas musim raya ni tak berapa menarik..

MAKANINTERNETSTUDY - TIDURMAKAN - INTERNETTIDURMAKANINTERNETTIDUR

(alamak..study sekali jer?)

Mula-mula memang la rasa seronok, tapi bila dah selalu sangat, rasa otak tak “berkerja”..Lemau~

Ah…cerita lain lah..

Hurmm….

Haa! Pernah dengar lagu Lenka? (kenal ke Lenka? hehe…) Tajuk lagu dia, Trouble is a friend…

Saya suka.

Dah tengok video clip lagu tu?

Saya dah.

First time saya tengok video clip dia, saya rasa bangga pun ada, terkilan pun ada…Kenapa saya cakap macam tu, jom kita tengok dulu video clip lagu Trouble is a friend ni..

Habis….

Ok, dah tengok kan? Agak-agak boleh faham tak kenapa saya kata bangga tapi terkilan..Yela, bangga sebab video clip tu berkonsepkan “wayang kulit kontemporari”..(suka-suka saya je tambah “kontemporari”..hishh) dan penyanyi tu pula artis luar negara.. Tapi yang saya terkilan, artis Malaysia bukannya nak buat macam Lenka ni..tapi sibuk nak tiru video clip Beyonce la, Justin Timberlake la…hurmmm….

Oh! dah pukul 1.28 a.m..

Saya nak tidur.

Nite nite!

Salam Aidilfitri… ^_^

Posted in Diary, Family, Life, Love, Uncategorized on September 28, 2009 by elizsue

Salam….

Maaf terlambat ye..dah 10 Syawal baru sempat nak keluar entri Hari Raya..

Sambutan hari raya saya tahun ini sederhana je..tak banyak keluar beraya sebab tahun ni, adik-beradik Abah sambut raya di Batu Pahat..jadi, selaku tuan rumah, kami tak dapat la nak keluar rumah sangat…

Walaupun sederhana, Aidilfitri tahun ni bermakna bagi saya..rasa lain sangat, kalau tahun lepas,  saya & Dato’ R tak ada ikatan apa-apa..tahun ni dah jadi tunang…harap-harap tahun depan dah boleh sambut bersama-sama..ecceh!!

Ok la tu! ;)

Sempena Hari Raya yang mulia ni, saya ingin memohon maaf andaikata ada salah silap saya dengan semua tak kira sama ada sengaja atau tidak..mudah-mudahan kita semua memdapat berkat dan rahmat dari ALLAH SWT di Aidilfitri ini..Amin~

Selamat Hari Raya Aidilfitri ^_^

Selamat Hari Raya Aidilfitri ^_^

p/s 1: saya tak puas hati dengan gambar ni sebab dapat enterframe sikit je..malangnya, ini je la gambar yang sempat snap..

p/s 2: saya sambut RAYA hari-hari!!! ^_^